Cara Mohon Skim Bantuan Perkahwinanan MAIWP


Bantuan Perkahwinan MAIWP | Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP dan sis sendiripun baru tahu!


Rupa-rupanya bantuan perkahwinan MAIWP ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 yang bertujuan untuk meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000.

Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta. Sehingga Disember 2022 MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat dan zakat secara tidak langsung manakala RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan di bawah MAIWP.

Kebetulan sis telah menghadiri Majlis Walimatul Urus Perdana, anjuran MAIWP yang mana seramai 100 pasangan pengantin telah diraikan yang mana mereka ini telah menerima Skim Bantuan Perkahwinan MAIWP.

Baca artikel penuhnya di sini: 100 Pasangan Pengantin Diraikan Di Dataran Merdeka

Syarat Yang Diperlukan Untuk Memohon Skim Bantuan Perkahwinan MAIWP









Borang Permohonan Skim Bantuan Perkahwinan MAIWP
Semak sini:


https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf

Kalau nak tahu lebih lanjut, layari :

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-perkahwinan

Ataupun layari FB MAIWP
https://www.facebook.com/maiwphq


Semoga perkongsian ini membantu korang yang ingin memohon Skim Bantuan Perkahwinan di bawah MAIWP ini.