www.aniemohamed.blogspot.com

Selamat datang 2023! Dah tanam azam baru untuk tahun baru nie? Kalau ada baguslah sebab dengan adanya azam kita akan jadi lebih mudah untuk menentukan sesuatu tujuan.

Azam merupakan janji yang dibuat kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang baik atau berhenti melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bermula dari hari pertama di tahun baru ini!

Kalau masih belum ada azam, try la buat. Simple pun tak apa, asalkan ia realistic dan korang yakin mamu untuk merealisasikannya. Macam sis, tak pernah pun buat azam yang ‘vasss-vasss’ sangat, sebab bila kita letak target yang terlalu tinggi, kalau tak mampu untuk dicapai pasti rasa kecewa.Jadi, biarlah yang biasa-biasa sahaja tapi mampu menuai kejayaan yang lebih besar.

Mempunyai azam di tahun baru sebenarnya sangat membantu kita mengenali atau mengupas diri sendiri.
Awal tahun baru ini juga adalah saat yang paling tepat untuk kita memulakan suatu perkara baru yang boleh memberikan banyak manfaat dalam hidup. Ia turut mengajar kita bagaimana cara untuk meraih impian tersebut.

Secara tak langsung, dengan adanya keazaman itu ia turut membantu kita untuk selalu berfikiran lebih positif.

Andaikata fikiran korang masih lagi kosong, cepat-cepatlah tulis tentang azam tahun baru 2023 yang ingin koran raih.Usahakan untuk bersikap positif dan optimis yang kita boleh menjadi peribadi yang lebih baik lagi di tahun baru ini. Andaikata salah satu tujuan kita itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya kita sudah mencuba, daripada langsung tidak berbuat apa-apa!


www.aniemohamed.blogspot.com

Berikut beberapa azam yang sederhana, ingin sis lakukan pada tahun 2023 ini.

1. Menjadi peribadi yang lebih baik lagi.

2. Membuat memori baru bersama keluarga.

3. Mempelajari perkara-perkara baru untuk meningkatkan kemampuan diri

4. Buat ‘buku’ dengan lebih berkualiti dan banyak lagi!

5. Lebih konsisten dalam penulisan blog.

6. Belajar menjadi lebih pemaaf dan melupakan perkara-perkara yang menyakitkan hati.

7. Belajar jangan cepat percaya di sebalik kelembutan manusia.

8. Lebih menitikberatkan soal kesihatan mental dan fizikal diri.

9. Menjaga pemakanan untuk kesihatan tubuh.

10. Lebih banyak minum air masak dan konsisten pada setiap hari.

11. Tidur awal, dengan waktu yang lebih teratur.

12. Membuat anggaran perbelanjaan yang lebih baik.

13. Menabung! Menabung! Menabung!

14. Meluaskan networking dan menjalinkan hubungan baik.

15. Banyak berfikiran positif dan tidak terbenam dalam fikiran negatif.

16. Cuba luangkan waktu untuk diri sendiri atau ‘me time’.

17. Berani melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum iini.

18. Membaca lebih banyak buku!


Okay, itulah antara azam sis di tahun 2023 ini. Semoga terlaksana dan mudah-mudahan di tahun 2023 juga adalah tahun yang membawa sejuta kemanisan dalam hidup kita semua. 
www.aniemohamed.blogspot.com
New year, new hope!

Sekian dulu catatan sis di tahun baru 2023. Jumpa lagi.


Lurve,

Sis Anie Mohamed