Rawatan HIFU | HIFU atau high-intensity focused ultrasound adalah rawatan kecantikan terkini dalam rawatan muka. Rawatan ini menggunakan energi ultrasound bagi mendorong pengeluaran kolagen untuk menghasilkan kulit lebih anjal. 

Sebagai wanita sudah pasti kita ingin sentiasa kelihatan cantik dan awet muda. Apatah lagi, apabila usia semakin bertambah dan tanda-tanda penuaan mula kelihatan. Kulit sudah mula nampak mengendur dan tidak anjal lagi.

rawatan HIFU



Tegangkan Kulit Wajah

Jadi, rawatan HIFU adalah salah satu treatment kecantikan untuk menengangkan kulit wajah tanpa sebarang suntikan dan juga pembedahan. Sangat sesuai untuk kita-kita yang sudah berumur nie dan tetap mahu tampil lebih awet muda.

Peningkatan kolagen dalam kulit akan membuatkan muka menjadi lebih ajal serta kedutan atau garis-garis halus di muka berkurangan.

Resultnya? Adalah serta-merta! Yang bestnya,selepas rawatan tak ada pantang larang.Kita bebas beraktiviti dan tidak perlu risau tentang proses 'down time' kerana ia tidak akan berlaku pada muka selepas menjalani rawatan tersebut.

rawatan HIFU
Perubahan wajah Jane, rakan blogger ini jelas kelihatan selepas membuat rawatan HIFU.
Dagunya lebih runcing berbanding sebelumnya

Rawatan HIFU Instant Result

Sebenarnya kecantikan menggunakan teknologi HIFU cukup sinonim kat pusat-pusat aestetik. Jadi, kat sini sis nak share tentang The Beauty Expert Academy Spa Cheras yang menawarkan rawatan HIFU.

Semua penyelesaian tentang masalah kulit wajah, korang jer rujuk kat Beauty Expert Academy Spa Cheras, pusat aestetik yang menawarkan rawatan HIFU. Prosedurnya pun sangat mudah dan sebelum treatment tersebut dilakukan, kulit wajah korang akan dianalisa terlebih dahulu bagi mengenal pasti permasalahannya.

Manalah tau kan, menjelang hari raya yang akan datang, korang nak cantik-cantik. Nak nyahkan kedutan ataupun garis-garis halus kat muka, nak samarkan kesan eyebag di sekitar mata dan juga menghilangkan ‘ double chin’. Korang nak muka nampak V-shape pun boleh try rawatan HIFU ini.

Efek dari rawatan HIFU boleh kekal sehingga 3 bulan dan korang kena faham juga bahawa efek yang dihasilkan itu bukanlah berkekalan selamanya. Untuk maintain kecantikan tersebut, korang perlulah melakukannya secara rutin, paling kurang 3 kali.So, bolehlah bertahan sehingga ke enam bulan.

Apapun korang jangan risau ok, sebab rawatan HIFU nie selamat dan berkesan. Ia hanya menggunakan tenaga ultrasound yang menyasarkan pada lapisan atas kulit, bawah kulit dan kulit SMAS (superficial musculoaponeurotic system). Ia juga tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kelukaan pada kawasan epidermis (lapisan atas kulit).

Baca Juga:  
Mustela Stelatopia+ : Radiant Skincare for Dry & Atopic Skin



rawatan HIFU

The Beauty Expert Academy Spa Cheras Mesra Muslimah

Lagi satu yang bestnya, The Beauty Expert Academy Spa Cheras menampilkan konsep mesra muslimah dan merupakan Aesthetic Spa #1 tanpa injection serta terbaik di Kajang, Bangi Selangor.

Tak adalah kita nak rasa segan-segan ataupun ragu-ragu untuk membuat rawatan. Kaum wanita sahaja yang dibenarkan masuk dan berada di dalam pusat aestetik ini. Tetapi, tetap diberikan kelonggaran jika korang atau mana-mana pelanggan itu datang bersama suaminya.


Tecer Mas
Puan Mastura binti Idris atau Tecer Mass sudah terlibat dalam bidang kecantikan sejak 18 tahun

Ticer Mas, Pemilik & Pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Kalau korang nak tahu pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras,Puan Mastura binti Idris yang lebih dikenali sebagai Tecer Mass sudah berkecimpung dalam bidang kecantikan ini selama 18 tahun.

Selain daripada menjalankan perundingan serta rawatan kecantikan, Tecer Mas juga merupakan seorang tenaga pengajar didalam bidang aestetik. Beliau kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan telah mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Tecer Mass juga telah dilantik menjadi salah seorang jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti.

Segala ilmu dan pengalaman yang ada tidak disia-siakan oleh Tecer Mass begitu sahaja,Beliau telah memperkenalkan beberapa rangkaian produk kecantkan wajah iaitu RoyalQ Asia dan jenama ini berjaya menambat hati banyak pusat rawatan aestetik di Malaysia.

Rebut Harga Promosi Rawatan HIFU Hanya RM199 Sahaja!

Okaylah, sekarang nie The Beauty Expert Academy Spa Cheras tengah buat promosi. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Sis pun tak nak lepaskan peluang menarik ini.Nak juga try rawatan HIFU dan dapatlah cantik-cantik di hari raya nanti.

Sekarang nie hanya RM199 sahaja daripada harga asalnya RM900. Pergh! Murah sangat dan harganya mampu milik. So cepat-cepatlah buat temujanji di The Beauty Expert Academy Spa Cheras dan dapatkan rawatan HIFU terbaik ini!

The Beauty Expert Academy Spa Cheras

No 14B, Jalan Suadamai 1/2,

Bandar Tun Hussein Onn,

43200 Cheras, Selangor.

03-95497094/ 013-2576447


Waktu operasi:

Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)

Sabtu & Ahad (10AM-6PM)


Social media:

Website: https://thebeautyexpertaesthetic.carrd.co/

IG: https://www.instagram.com/thebeautyexpertcheras/

FB: https://www.facebook.com/thebeautyexpertacademy

TikTok1: https://www.tiktok.com/@thebeautyexpertacademy88

TikTok 2:

https://www.tiktok.com/@beautyaestheticclass

rawatan HIFU
Sis dah kawan-kawan pun dah tak sabar nak buat rawatan HIFU 
di The Beauty Expert Academy Spa Cheras 

Jangan lupa buat temujanji rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras tau! Dan kalau nak buat facial muka pun boleh. Memang murah di Alam Damai Cheras. Jommmsss...Bolehlah kita bersama-sama cantik di hari raya nanti. Sekian dulu perkongsian sis kali ini.Tata!