Cara Hilangkan Gastrik | Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Pasti ramai di antara kita yang mengalami syimptom-syimtom sakit perut.Antaranya pedih hulu hati, kerap bersendawa, loya, muntah, kejang perut serta ‘heartburn'.


cara hilangkan gastrik

2 Jenis Gastrik

Dikongsikan cara untuk hilangkan gastrik, semoga tip ini dapat membantu mengelak sakit perut ketika berpuasa nanti. Sebelum tu, kita kena tahu juga tanda-tanda gastrik dan siapa yang lebih berisiko.

Kalau ikut sumber artikel yang sis peroleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,gastrik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah)

Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


cara hilangkan gastrik


Tanda Gastrik


Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)

* Rasa senak, berangin atau pedih

* Rasa tidak selesa

* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan

* Rasa mual (loya) dan muntah

* Hilang selera makan

* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar

* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Baca Juga:7 Cara Mudah Atasi Sembelit Ketika Berpuasa

Siapa Yang Berisiko?


Gastrik boleh menyerang sesiapa saja. Biasanya orang lelaki lebih ramai mengalaminya berbanding wanita. Ini adalah kerana gaya hidup dan hidup dan faktor risiko seperti :


cara hilangkan gastrik


1. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

2. Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

3. Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ia adalah bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

4. Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

5. Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

cara hilangkan gastrik

Cara Hilangkan Gastrik

Selain pengambilan ubat yang telah disyorkan doktor setelah melakukan pemeriksaan, kita perlu menjaga pemakanan serta mengubah gaya hidup untuk menghindari kesakitan gastrik itu berulang kembali.

Antaranya:

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).

Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap (bila bukan dalam bulan puasa.


Baca Juga: Cara Atasi Masalah Kembung Perut


makanan berempah dan bercili


* Kurangkan makanan berempah, bercili dan masam.

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza pada setiap individu ya.

* Elakkan baring atau tidur selepas berbuku dan bersahur.

* Sentiasa bertenang dan kurangkan stress.

* Minur air masak secukupnya.

* Dapatkan tidur yang mencukupi.

Itulah beberapa tip atau cara hilangkan gastrik yang boleh kita amalkan di bulan puasa nanti.Sekiranya sakit perut yang di alami masih berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.Untuk diri sis, memang kena ambil ubat Gaviscon untuk gastrik :)