HAVOC atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, sebelum ini begitu dikenali dengan acara meraikan masyarakat dengan aktiviti hiburan yang 'superb'.

Havoc

Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023

Tetapi untuk tahun nie Havoc Festival, telah diberikan suntikan kelainan oleh Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) menerusi Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023.HAVOC 10.0 bakal bermula dari 1 hingga 5 Jun, bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam, bertempat di Dataran Serambi Teruntum Kuantan.

Antara program yang bakal berlangsung sepanjang festival adalah seperti Program Ilmu 'Allah Tak Pernah Benci Kita' (2 Jun 2023, pukul 9 malam) di Dataran Serambi Teruntum Kuantan. Program ini dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator, dan dilengkap dengan PU Amin dan Da'l Izhar selaku panel.

Manakala untuk malam kedua iaitu 3 Jun 2023, pukul 9 malam di lokasi yang sama akan diadakan Malam Berselawat & Qasidah Perdana dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamid, 
Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulam Inteam. 

Havoc Street Food Fest 2023

Hadirin dijemput hadir, masuk adalah percuma dan tempat duduk disediakan. Namun dinasihati kepada semua pengunjung untuk membawa tikar sendiri. 

Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan-makanan yang enak kerana ramai vendor makanan termasuklah selebiriti tanahair yang turut sama memeriahkan acara tersebut.

Havoc Street Food Fest 2023

Rebut Peluang Memenangi Kereta Perodua Bezza!


Apa yang menariknya, Cabutan Xtravaganza turut disediakan buat semua pengunjung Havoc Street Food Fest 2023. Pemenang bertuah berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z serta hadiah-hadiah yang lain yang juga cukup menarik.


Serba Sedikit Tentang HAVOC


Havoc Event & Mangement Sdn Bhd (HAVOC) telah mula diperkenalkan sejak tahun 2019 dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumputera yang menjalankan perniagaan pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen & kecantikan.

HAVOC lebih dikenali sebagai sebuah festival makanan yang telah menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam Selangor, Kuantan Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Bermulanya dari awal HAVOC 1.0, pihak pengurusan tertinggi syarikat terus mengorak langkah bergerak maju kehadapan dengan meletakkan jenama HAVOC ini sebagai jenama rasmi muka hadapan bagi memastikan ia terus kekal berdaya saing serta mendapat tempat dihati pengunjung dan penggemar makanan dan minuman di seluruh Malaysia.

Menurut Faizul bin Mohd Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, visi mereka adalah untuk menjadi karnival pilihan usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman yang dapat membantu menaikkan ekonomi serta dapat menyediakan aktiviti kekeluargaan dalam masa yang sama dapat membantu menaikkan sektor pelancongan di Malaysia.


"Year Visit Malaysia"


Pada tahun 2020 telah diperkenalkan Havoc Food Festival bersama Tourism Malaysia dalam mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu "Year Visit Malaysia". Program ini telah mendapat sambutan yang cukup padu iaitu seramai seratus ribu (100,000) orang hadir pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan Pahang.

Manakala pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini. 

Festival ini telah mencipta sejarah dimana telah menerima kunjungan dari 150,000 pengunjung yang hadir. Malah pada Havoc 9.0 telah mula memperkenalkan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. 

Havoc Street Food Fest 2023

ADE AZHAR TRADING, Penaja Utama


ADE AZHAR TRADING, selaku pembekal ilmiah islamik telah berbesar hati meniadi penaja utama bagi program di HAVOC 2023. ADE AZHAR TRADING SDN BHD (AATSB) merupakan sebuah syarikat pengedaran bahan ilmiah premium dan eksklusif khususnya di sekolah dalam Malaysi.Mana produk- produk yang diedarkan hanya boleh diperolehi melalui wakil AATSB sahaja.

AATSB turut mengedarkan produk-produk dari syarikat lain seperti buku Formula Kuasai Tajwid, Ihya Ulumuddin, Ubi Sake, Sambal Goreng Crunchy dan Quran Edisi Raudhah.

Street Food Fest 2023


Jangan lupa untuk datang lokasi HAVOC sepanjang tahun 2023


PAHANG

Bertempat: DATARAN SERAMBI TERUNTUM,KUANTAN
Tarikh:  1,2,3,4 & 5 June 2023


KEDAH

Bertempat: STADIUM DARUL AMAN,ALOR STAR
Tarikh: 27,28,29 & 30 July


TERENGGANU


Bertempat: STADIUM GONG BADAK,KUALA TERENGGANU
Tarikh: 31,1,2 & 3 September 2023


MELAKA


Bertempat: MITC CONVENTION CENTRE
Tarikh: 2,3,4 & 5 November 2023


JOHOR


Bertempat: PADANG B PLAZA ANGSANA,JOHOR BAHRU
Tarikh: 30,31,1,2 & 3 December 2023


SELANGOR


Bertempat: DATARAN KARNIVAL, STADIUM SHAH ALAM
Tarikh: 28,29,30,31 December 2023