Pemilihan lori sewa dan servis pindah rumah memainkan peranan yang penting. Ketahui tips mendapatkan servis lori sewa yang berkualiti bagi melancarkan proses pemindahan.


lori sewa


Lori Sewa

Sebelum anda berpindah, anda mesti bermula dengan mendapatkan beberapa sebut harga untuk perkhidmatan pemindahan dengan menghubungi beberapa syarikat lori sewa di Puchong atau Lembah Klang. Syarikat-syarikat ini akan mendapatkan informasi tentang keperluan pemindahan anda untuk memberikan perkhidmatan yang dicari. Dengan ini, mereka dapat membantu anda dengan cara yang terbaik.

Terdapat banyak faktor berbeza yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat pilihan terakhir untuk syarikat pemindahan. 

lori sewa

Tips Servis Lori Sewa Berkualiti


Anda boleh bermula dengan tips untuk mendapatkan servis lori sewa yang berkualiti di bawah:

  • Minta Lawatan Tapak di Lokasi Anda

Syarikat pemindahan yang dipilih harus melawat rumah anda secara percuma untuk lawatan tapak sebelum anda berpindah dan memberikan sebut harga yang berpatutan dengan menilai barangan yang perlu dipindahkan dan jarak antara kedua-dua lokasi. 

Sila nyatakan bilangan barangan yang anda ingin pindahkan, jika tidak, syarikat tersebut mungkin tidak bersedia dengan saiz lori yang sesuai pada hari pemindahan untuk memuatkan semua barangan anda dan berkemungkinan besar kos pemindahan anda akan meningkat kerana perubahan tersebut.

  • Ulasan Pelanggan

Setelah anda mendapat beberapa syarikat yang berpotensi untuk dipilih, anda boleh rujuk kepada ulasan dalam talian untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang syarikat tersebut. 

Kebanyakan pelanggan biasanya akan menulis ulasan jika mereka mempunyai pengalaman yang baik atau buruk, dan kedua-duanya penting untuk diketahui sebelum anda memilih syarikat pemindahan.

Pengesyoran juga merupakan sumber yang bagus untuk mencari syarikat pemindahan yang profesional, sama ada daripada kawan-kawan, keluarga atau rakan sekerja anda.

  • Syarikat Pemindahan Yang Berdaftar

Sila berhati-hati dengan mengupah syarikat pemindahan yang tidak berdaftar kerana sesiapa sahaja yang mempunyai lori boleh menawarkan servis sewa lori pindah rumah walaupun mereka tidak mempunyai syarikat pemindahan yang berdaftar. 

Jadi sila berwas-was untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini dengan mengupah syarikat pemindahan yang berdaftar secara sah.

Baca Juga: Segarkan Kediaman Dengan Pokok Bunga

  • Perkhidmatan Pembungkusan Barang & Servis Pemindahan Yang Lain


Kebanyakan syarikat pemindahan berkualiti tinggi menawarkan perkhidmatan pengemasan barang, penyediaan kotak pembungkusan, dan perkhidmatan pemasangan dan pembongkaran perabot untuk rumah anda jika diperlukan apabila anda mendapatkan servis sewa lori 3 tan mereka.

  • Pekerja Pemindahan Yang Terlatih

Industri pemindahan adalah kompetitif dan sesetengah syarikat mungkin mengupah tenaga kerja yang tidak terlatih jika mereka tidak mempunyai pekerja yang mencukupi pada sesetengah hari yang sibuk. 

Anda boleh minta untuk memastikan semua pekerja pemindahan syarikat yang ditugaskan adalah terlatih dan berpengalaman dalam kerja pemindahan dan pembungkusan barang. Pemandu lori harus mempunyai lesen memandu untuk membawa lori dengan selamat di jalan raya.

Syarikat pemindahan yang baik akan memiliki kualiti-kualiti di atas dan menawarkan perkhidmatan yang disebutkan dengan baik.

Jika anda ingin sewa lori 1 tan, sila hubungi Mover2U untuk pindah rumah atau pindah piano di Kuala Lumpur dan Selangor untuk mendapatkan maklumat atau sebut harga percuma hari ini.