Pokok Bunga Hiasan Dalam Rumah | Ada beberapa jenis pokok tanaman hiasan dalam rumah yang boleh dijadikan idea untuk mencantikkan kediaman serta melahirkan ketenangan.


Pencinta tanaman dah pastilah suka menghias kediaman di ruang tamu ataupun bilik tidur dengan pelbagai tanaman. Sesetengah tu dah nampak macam dalam hutan dah dipenuhi tanaman!

pokok bunga hiasan dalam rumah

Segarkan Ruang Dengan Pokok Hiasan

Sebenarnya sis pun suka bab bercucuk tanam nie. Kalau boleh, dalam rumah pun sis nak penuhi dengan tanaman. Hahaha… tapi memandangkan ruang kediaman sis agak terhad, jadi tak bolehlah nak berlebih-lebihan. 

Lagi satu, tidak semua tanaman boleh bertahan hidup dengan pencahayaan yang terlalu sikit dan udara dalam rumah yang adakalanya terlalu kering.

Biasanya tanaman berdaun hijau lebih sesuai untuk diletakkan di dalam rumah. Kalau jenis yang berbunga perlukan cahaya matahari yang agak banyak. 

Pernah cuba, tak lama jangka hayatnya. Lama-lama layu sendiri dan akhirnya mati! Huhuuhu…

Ada banyak kebaikan bila kita letakkan tumbuhan dalam rumah nie.Antaranya dapat membersihkan udara persekitaran dalam rumah, mengurangkan stress atau tekanan serta menghasilkan persekitaran yang lebih tenang.

Baca Juga:

Kabinet Dapur Bajet 1K




pokok bunga hiasan dalam rumah

Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah

Berikut berapa jenis pokok bunga hiasan dalam rumah yang sis suka:

1. Monstera

Bentuknya sangat unik. Tidak memerlukan banyak cahaya matahari. Begitu juga dengan air, hanya diperlukan air ketika tanahnya sudah mengering.

Tanaman ini dikatakan bagus untuk peredaran udara dalam rumah kerana ia boleh menyerap udara kotor pada malam hari dan melepaskan oksigen. 

Secara tak langsung udara dipersekitaran ruangan akan terasa lebih segar pada pagi hari.


pokok bunga hiasan dalam rumah

2. Rosemary

Kalau nak suka-suka bolehlah tanam rosemary di dalam rumah. Tanaman herba ini perlukan cahaya matahari yang agak banyak untuk hidup subur.Kalau korang perasan, masakan barat memang banyak menggunakan rosemary.

Si selalu guna daun rosemary nie bila nak panggang ayam ataupun daging. Bila letak daun rosemary nie uihhh lagi enak tau!

Sis minat pokok rosemary nie sebab bila dah besar sikit ia akan mengeluarkan warna purple yang sangat cantik. Di samping itu pokok rosemary memiliki banyak khasiat untuk kesihatan.

Antaranya bersifat anti kanser, dapat melawan sel-sel yang tidak baik yang merangsang kepada pertumbuhan kanser, melegakan sakit-sakit otot, meningkatkan daya ingatan, melegakan sakit kepala, melancarkan perjalanan darah dan banyak lagi.

Baca Juga: Cara Mudah Tanam Pudina


pokok bunga hiasan dalam rumah

3. Lidah Mertua atau Snake Plant

Rasanya ramai yang suka tanaman yang satu nie kan. Sis pun tak terkecuali, sebab nampak menarik apabila dijadikan hiasan dalam rumah.

Tak kisahlah nak letak di ruang tamu ataupun ruang makan. Memang meninggalkan kesan yang ‘vass’.Lagi-lagi kalau korang pandai memilih pasu yang sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan.

Ada yang kata pokok Lidah Mertua ni bagus untuk menyerap pelbagai toksin udara, tapi bila sis tahu ia juga mengandungi bahan aktif ‘Saponin’ yang boleh menyebabkan muntah, cirit birit’ dan juga ruam apabila dimakan secara tak sengaja, terus jadi takut!

Jadi, sis letak pokok Lidah Mertua nie kat luar rumah sahaja, di ruangan santai.


pokok bunga hiasan dalam rumah

4. Spider plant

Disebabkan daunnya yang panjang dan agak runcing seperti kaki labah-labah, mungkin itulah yang membuatkan dipanggil spider plant atauupun pokok labah-labah.

Tak susah untuk menanam pokok ini sebab ia subur di ruangan sedikit lembap dan tidak terlalu panas dibaham terik cahaya matahari. Kalau nak lagi subur, elok diletakkan di tepi tingkat.

Baca Juga: Misi Berkebun Untuk Sihatkan Diri & Fikiran

pokok bunga hiasan dalam rumah


5. Sirih Gading  atau Golden Pothos

Sirih gading atau golden pothos  memang paling senang untuk ditanam, dijaga dan senang hidup. Letak dalam pasu yang berisi air atau tanah pun dah boleh hidup.

Jadi, sebab itulah sis suka menanamnya. Letak dalam air jer, akar atau tunas baru cepat jer tumbuh. Walaupun boleh hidup tanpa matahari, tetapi sirih gading menyukai cahaya yang sederhana dan merupakan tumbuhan hijau menjalar.

Sirih gading dikatakan mempunyai manfaat yang baik untuk pernafasan kerana mampu menyerap pencemaran dan debu serta turut dikategorikan dalam hiasan tanaman yang begitu efektif dalam menyerap racun.

Itulah antara pokok bunga hiasan dalam rumah yang paling sis suka. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu memberikan korang idea untuk bercucuk tanam. Selamat mencuba!