Nasi lemak adalah salah satu hidangan tradisional yang sangat terkenal di Malaysia. Nasi lemak memiliki rasa berlemak dan bertekstur lembut, hasil penggunaan santan yang memberikan aroma dan citarasa yang khas.

Nasi Lemak


Hidangan ini merupakan perpaduan sempurna antara nasi yang dimasak dengan santan. Biasanya disajikan bersama ikan bilis yang digoreng ranggup, kacang tanah, telur rebus atau telur mata kerbau dan sambal pedas. Kebiasaannya dihidangkan dalam daun pisang yang memberikan aroma semulajadi khas serta menambahkan elemen tradisional dalam penyajiannya.



nasi lemak


Kekayaan Rasa Masakan Malaysia


Keenakan nasi lemak bukan sahaja telah berjaya memikat lidah dan hati masyarakat setempat.Bahkan juga para pelancong dari seluruh dunia. Hidangan ini tidak hanya menawarkan citarasa yang lazat, tetapi juga mencerminkan kekayaan budaya dan warisan makanan Malaysia.

Nasi lemak boleh dinikmati sebagai sarapan, makan tengahari ataupun makan malam dengan berbagai pilihan lauk seperti ayam goreng, rendang daging, paru,sambal sotong  atau sambal udang.

Resepi Nasi Lemak 


Jom Buat! Nasi Lemak yang sedap


Bahan-bahan:

2 cawan beras

1 cawan pati santan

Daun pandan (simpulkan)

Garam secukupnya

Telur (rebus atau goreng)

Ikan bilis (goreng)

Kacang tanah (goreng)

Timun (potong bulat tipis)

Sambal pedas ( boleh jer kalau nak beli atau buat sendiri)

Daun pisang (untuk penyajian)


Langkah-langkah:

Cuci Beras

Cuci beras dengan air hingga airnya jernih. Toskan.

Masak Nasi dengan Santan

Campurkan beras, santan, daun pandan, dan sedikit garam dalam periuk. Masak nasi seperti biasa, boleh jer kalau nak gunakan rice cooker atau periuk nasi. Pastikan nasi masak dengan sempurna dan aromanya harum.

Siapkan Bahan Pendamping

Sementara nasi dimasak, bolehlah siapkan bahan pendamping seperti telur rebus atau telur mata kerbau, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan sambal pedas.




nasi lemak



Buat Sambal Pedas

Kalau  buat sambal pedas sendiri, kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, gula dan garam  dalam blender atau penggiling rempah. Tumis campuran ini dengan sedikit minyak hingga harum. Tambah sedikit air jika perlu.

Masukkan sedikit air asam jawa.Jangan lupa letakkan sedikit serbuk perasa, belacan dan kicap manis  (optional) untuk melazatkan lagi rasanya. 

Hidangkan

Setelah nasi masak, sajikan nasi di atas daun pisang untuk memberikan aroma khas. Letakkan bahan pendamping seperti telur, ikan bilis, kacang tanah dan hirisan timun di sekitar nasi. Tambahkan sambal pedas sesuai selera.



nasi lemak



Tips Rahsia Nasi Lemak Confirm Sedap


Santan Berkualiti

Gunakan santan pekat berkualiti untuk memberikan rasa lemak dan aroma khas pada nasi.Boleh juga menggunakan campuran santan pekat dan santan cair agar nasi tidak terlalu berat.

Rempah Aromatik

Daun pandan memberikan aroma yang khas pada nasi lemak. Sebaiknya tambahkan daun pandan ketika memasak nasi untuk mendapatkan citarasa yang autentik.

Jangan Terlalu Banyak Garam

Nasi lemak biasanya disajikan dengan bahan pendamping yang memiliki citarasa kuat,seperti sambal pedas, ikan bilis  dan telur. Jangan terlalu banyak menggunakan garam pada nasi supaya keseluruhan hidangan tidak jadi terlalu masin.


Kreatif dengan Bahan Pendamping

Nak lagi sedap, korang  bereksperimen dengan bahan pendamping lainnya seperti ayam goreng, rendang, paru, sambal sotong, sambal udang ataupun sayur-sayuran  bagi menvariasikan lagi dalam hidangan.

Citarasa Sambal

Jika korang membuat sambal pedas sendiri, sesuaikan jumlah cili dan juga bahan-bahan lainnya sesuai dengan tahap kepedasan yang diinginkan.

Semoga dengan perkongsian dan panduan ini, korang dapatlah membuat Nasi Lemak yang autentik dan lazat. Selamat mencoba!