Burnt Cheesecake yang juga sering dikenali sebagai "Basque Cheesecake" adalah sejenis kek keju yang telah mendapat populariti yang cukup signifikan. Apa yang membezakan Burnt Cheesecake daripada kek keju tradisional adalah teksturnya yang unik dan ciri khasnya iaitu warna gelap yang seperti"terbakar" ataupun ‘ala rentung’!


Gabungan Rasa ‘Creamy’ & Kelembutan Keju


Kek ini pertama kali muncul di wilayah Basque di Sepanyol. Sejak itu ia telah menjadi hidangan pencuci mulut yang digemari di seluruh dunia. Keunikan Burnt Cheesecake adalah kesederhanaan penyediaan. 
Namun, rasa yang dihasilkannya adalah sangat memuaskan. 

Kek ini menggabungkan ‘creamy’ dan kelembutan keju dengan lapisan luar yang agak garing telah mencipta pengalaman rasa yang unik dan memuaskan selera!

Resipi Burnt Cheesecake

Bahan-bahan:
  • 450 gram keju krim, suhu bilik
  • 200 gram gula
  • 3 biji telur
  • 200 ml krim masam (sour cream)
  • 20 gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit mentega untuk melapik loyang

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar hingga 200 darjah Celsius. Sediakan loyang bulat dengan diameter kira-kira 8-9 inci. Lapik dasarnya dengan kertas perkamen dan sapu dengan sedikit mentega untuk mengelakkan kek melekat.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan keju krim dan gula. Kacau dengan mesin pemukul hingga gula larut dan campuran menjadi lembut.
  3. Masukkan telur satu per satu sambil mengacau setiap telur sebaik sahaja dimasukkan.
  4. Masukkan krim masam dan esen vanila. Kacau sehingga semua bahan tercampur rata.
  5. Kemudian, masukkan tepung jagung dan kacau perlahan hingga campuran sebati.
  6. Tuangkan campuran ke dalam loyang yang telah disediakan.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama kira-kira 45-55 minit atau sehingga kek menjadi kecoklatan di bahagian luar dan tetap sedikit bergoncang di tengahnya.
  8. Dah siap! Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sejuk dalam loyang sebelum memotongnya.


Baca Juga:
Resepi Daging Masak Kicap
Nasi Beriani



Burnt Cheesecake

Burnt Cheesecake Yang Lazat


Kek ini biasanya dimakan tanpa hiasan tambahan. Mempunyai rasa yang sangat lazat dengan bahagian luar kek yang agak kecoklatan atau seperti terbakar. Ia adalah ciri istimewa Burnt Cheesecake yang memberikan tekstur dan rasa yang unik.

Jadi, kek ini mempunyai lapisan luar yang sedikit garing, manakala bahagian dalaman kek keju adalah lembut dan lazat. Ia adalah pilihan yang sempurna untuk pencinta keju.

Selamat mencuba!