Bask Bear Coffee, rangkaian kedai kopi yang semakin popular di Malaysia, kini hadir dengan lebih daripada 100 cawangan, termasuk di Sabah dan Sarawak. Kedai kopi ini bukan sahaja terkenal dengan pelbagai jenis kopi yang disediakan. Malahan juga sebagai rangkaian produk sandwich telur Korea terbesar dan pertama di Malaysia.


bask bear

Keunikan Menu di Bask Bear Coffee

Salah satu cawangannya terletak di Section 13, Shah Alam. Menjadikannya destinasi yang sesuai untuk dieksplorasi oleh pencinta kopi dan penikmat hidangan unik macam sis laaaa.

Bask Bear Coffee dikenali kerana mempelbagaikan menu mereka, menawarkan lebih daripada sekadar kopi. Mereka turut menyajikan 'signature toast' yang menjadi pilihan utama di kalangan pelanggan.

Mungkin masa yang sesuai untuk mencuba sendiri dan merasai keunikan menu di Bask Bear Coffee. Banyak yang memberi ulasan positif, mengatakan bahawa rasanya memang istimewa.Terutamanya kopi dan toasties mereka yang cukup menarik perhatian. Walaupun harganya agak mahal sikit laaa, tetapi sebab sedap, kira oklah. Boleh pejam mata! Hahahahaaa…. 

Baca Juga:

Makan-Makan di Dahlia Corner 

Makan Tengahari Nasi Kandar Kudu



bask bear

Jadi Pilihan Selera

Antara hidangan kegemaran di Bask Bear Coffee yang terpaling sis suka ialah Korean Spicy Beef  dan Cheezy Crispy Chicken. Daging yang juicy memberikan kepuasan rasa sehingga membuatkan rasa nak datang lagi!

Bask Bear Coffee memberikan sentuhan unik dengan membawa toastie daging lembu yang lebih pelbagai dan sedap kepada peminat mereka. Pelbagai rasa ditawarkan, disajikan dengan roti yang dibakar sempurna.

Jangan lupa untuk mencuba kopi mereka yang kaya dengan rasa. Kopi di Bask Bear Coffee lengkap dengan tekstur susu kukus yang lembut, memberikan pengalaman minum kopi yang memuaskan. Sesuai untuk dinikmati bersama dengan hidangan toastie yang menjadi pilihan korang.

Kalau korang berada di sekitar Seksyen 13, Shah Alam atau berada di kawasan yang mempunyai cawangan Bask Bear Coffee, jangan lepaskan peluang untuk mengeksplor dan mencuba menu yang menarik itu.Nikmatilah pengalaman kopi yang unik dan hidangan toastie yang memikat selera di Bask Bear Coffee, okeh!

bask bear



Nota Kaki!

Setiap individu mempunyai citarasa yang unik dan pendapat peribadi tentang makanan. Rasanya adalah suatu yang sangat subjektif dan bergantung kepada kegemaran serta pengalaman peribadi masing-masing. Oleh itu, wajar jika pendapat dan citarasa terhadap hidangan di Bask Bear Coffee atau mana-mana tempat makan lain berbeza-beza.

Bagi sesetengah orang, mungkin mereka akan menyukai keunikan dan kelazatan hidangan di Bask Bear Coffee. Manakala orang lain mungkin memiliki citarasa yang berbeza. Selama kita dapat menikmati pengalaman makan dengan puas hati, itu yang paling utama!

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah menilai sendiri dan membentuk pendapat peribadi. Setiap kunjungan ke tempat makan adalah peluang untuk mengeksplor dan menikmati kepelbagaian hidangan yang ditawarkan.

Selamat menikmati!