Filem Kho Gaye Hum Kahan ini mengisahkan kisah tiga sahabat karib Neil (Adarsh Gourav), Imaad (Siddhant Chaturvedi) dan Ahana (Ananya Panday) yang terlibat dalam dunia media sosial untuk berkongsi kehidupan harian mereka. Ketiga mereka membagikan momen-momen bersama melalui platform ini, mencipta kenangan yang diabadikan dalam dunia maya.
Kho Gaye Hum Kahan/Netflix |
Kho Gaye Hum Kahan/Netflix |
Akibat Ketagihan Media Sosial
Namun, kebergantungan mereka pada media sosial mula menyebabkan hubungan persahabatan mereka merenggang. Filem ini menggambarkan impak negatif ketagihan media sosial terhadap hubungan interpersonal., menunjukkan bagaimana keakraban yang seharusnya dihargai menjadi terancam oleh dunia maya yang semakin menguasai kehidupan kita.
Dengan sentuhan drama dan elemen komedi, filem ini membawa penonton dalam perjalanan yang merangsang pemikiran mengenai impak sosial media dalam kehidupan kita.
Baca Juga:
Sakit Tengkuk Akibat Tidur Salah Bantal
Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Kho Gaye Hum Kahan/Netflix |
Saksikan Kho Gaye Hum Kahan di Netflix
Ditayangkan pada 26 Disember di platform Netflix, filem terbaru arahan pengarah baharu, Arjun Varain Singh, bersama penulis Zoya Akhtar dan Reema Kagti, "Kho Gaye Hum Kahan,". Ia membawa penonton ke dalam sesuatu keadaan yang kompleks atau rumit yang dihasilkan oleh era digital.
Ia memberikan gambaran menarik dan relevan mengenai kehidupan digital masa kini, mengajak kita semua untuk merefleksikan bagaimana penggunaan media sosial dapat mempengaruhi hubungan dan kebahagian dalam kehidupan sehari-hari.
Kho Gaye Hum Kahan/Netflix |
Ulasan Filem
Bagi sis la kan, Kho Gaye Hum Kahan memberikan nafas baru dalam penggambaran kehidupan dan cinta di era digital. Meskipun tidak lepas dari beberapa kelemahan. Kesan dramatiknya juga kurang mengesankan dan filem ini juga mungkin tidak memberi jawapan yang memuaskan untuk persoalan tentang cinta dalam dunia digital yang semakin meluas dalam kehidupan kita.
Keunikan watak walaupun terlalu bergantung kepada stereotaip, namun ia tetap memberikan warna yang menarik. Bagi yang belum menonton, jangan lupa tengok tau dan filem ini tidak sesuai ditonton bersama kanak-kanak. Wokehhh!
Nota: Setiap ulasan filem boleh bersifat subjektif dan pandangan mengenai filem boleh berbeza-beza antara individu yang lain. Harap maklum.
1 Comments
Sejak bila layan nustan nii
ReplyDelete