Tentu ramai yang mengalami masalah lingkaran hitam bawah mata. Akibatnya, penampilan kita nampak kusam dan tua. Nak tahu cara mudah untuk hilangkannya? Okay baca artikel ini sampai habis!
Sebenarnya ada banyak cara untuk menghilangkannya. Bagi yang punya masalah ini macam sis, jom kita sama-sama cuba dan lakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang diingini. Gitewww…
Ini adalah kerana pembuluh darah yang melebar sehingga terjadinya pengumpulan cairan pada kawasan di sekitar mata. Jadi, kita perlu pastikan yang tubuh kita mendapat tidur yang mencukupi selama 7-8 jam setiap malam.
Baca Juga:
Terapi menekap mata dengan sesuatu yang sejuk boleh membantu mengurangkan peradangan akibat pengaliran darah yang tidak lancar.Lakukan teknik tersebut secara rutin pada setiap hari bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Baca Juga:
Di samping itu, pilih eye cream atau krim mata yang mengandungi bahan-bahan semulajadi serta vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin K, timun, chamomile dan arnica.
Jadi, bila kita beli pembersih muka, pastikan ia dapat menanggalkan kesan-kesan mekap. Sebaiknya lakukan double cleansing supaya wajah betul-betul bersih serta bebas daripada kesan-kesan mekap dan juga kekotoran.
Baca Juga: 10 Mekap Remover Terbaik Yang Boleh Dicuba
Itulah antara cara untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata yang kena kita praktik bagi mendapatkan result yang diingini. InsyaAllah, wajah kita pasti kembali berseri-seri. Sekian dulu. Semoga bermanfaat.
Punca Lingkaran Hitam Bawah Mata
Lingkaran hitam bawah mata lebih mudah terbentuk kita berjaga malam ataupun lewat tidur. Selain itu, faktor usia dan menghadap gadget dalam tempoh yang lama juga boleh membuatkan warna kulit di sekitar kawasan mata jadi gelap dan kelihatan kusam.Penipisan kulit serta kurangnya kolagen juga membentuk lingkaran hitam bawah mata.Sebenarnya ada banyak cara untuk menghilangkannya. Bagi yang punya masalah ini macam sis, jom kita sama-sama cuba dan lakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang diingini. Gitewww…
Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
1. Tidur Yang Mencukupi
Sis memang tahu salah satu penyebab utama munculnya lebam bawah mata ini adalah disebabkan oleh kurang tidur atau kepenatan.Ini adalah kerana pembuluh darah yang melebar sehingga terjadinya pengumpulan cairan pada kawasan di sekitar mata. Jadi, kita perlu pastikan yang tubuh kita mendapat tidur yang mencukupi selama 7-8 jam setiap malam.
Baca Juga:
Cara Mudah Atasi Masalah Susah Tidur Di Malam Hari
Kenali 5 Tanda Kurang Minum Air Masak
Jenis Makanan Penyebab Mata Panda
Kenali 5 Tanda Kurang Minum Air Masak
Jenis Makanan Penyebab Mata Panda
2. Minum Air Masak Secukupnya
Selain bagus untuk kesihatan, minum air masak penting bagi menjaga tubuh supaya tidak dehidrasi serta membantu mengurangkan bengkak pada kawasan mata yang sembab.Minumlah air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas pada setiap hari.3. Kurangkan Pengambilan Garam Berlebihan
Pengambilan makanan yang tinggi garam juga boleh menyebabkan munculnya lingkaran hitam bawah mata.Jadi,elakkan pengambilan makanan yang banyak garam atau masin-masin.Cuba perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.4. Tekap Dengan Hirisan Timun Atau Uncang Teh Hijau
Hirisan timun atau uncang teh hijau yang telah disejukkan boleh mengurangkan masalah tersebut. Di samping itu, boleh juga guna gel mata yang telah disejukkan.Terapi menekap mata dengan sesuatu yang sejuk boleh membantu mengurangkan peradangan akibat pengaliran darah yang tidak lancar.Lakukan teknik tersebut secara rutin pada setiap hari bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Baca Juga:
5. Urut & Guna Eye Cream
Lingkaran hitam di bawah mata juga boleh disebabkan oleh ketegangan kawasan kulit yang keletihan. Untuk lebih relaks, urut perlahan-lahan di sekitar kawasan mata.Di samping itu, pilih eye cream atau krim mata yang mengandungi bahan-bahan semulajadi serta vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin K, timun, chamomile dan arnica.
6. Pastikan Wajah Bebas Mekap Sebelum Tidur
Walaupun nampak macam penting, tapi mekap yang tidak dibersihkan sebelum tidur boleh menimbulkan masalah pada wajah.Antaranya, jerawat, bintik-bintik hitam, garis-garis halus dan juga lebam bawah mata.Jadi, bila kita beli pembersih muka, pastikan ia dapat menanggalkan kesan-kesan mekap. Sebaiknya lakukan double cleansing supaya wajah betul-betul bersih serta bebas daripada kesan-kesan mekap dan juga kekotoran.
Baca Juga: 10 Mekap Remover Terbaik Yang Boleh Dicuba
Itulah antara cara untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata yang kena kita praktik bagi mendapatkan result yang diingini. InsyaAllah, wajah kita pasti kembali berseri-seri. Sekian dulu. Semoga bermanfaat.
0 Comments