Restoran Mai Kedaghah yang mula beroperasi pada bulan Julai lalu menawarkan pengunjungnya peluang unik untuk menikmati hidangan ala Thai yang cukup enak. Selebriti tidak hanya hidup di atas pentas, kadang-kadang mereka juga memilih untuk buka bisnes sendiri.Bahkan Ratu TikTok Puspa Gomen turut memutuskan untuk bersara awal dari dunia pekerjaannya demi menjalankan perniagaan restorannya itu.
Menyelami Keindahan Padang Besar di Restoran Mai Kedaghah
Jika korang ingin merasai suasana Padang Besar dan menikmati hidangan-hidangan autentik, Restoran Mai Kedaghah adalah destinasi yang sempurna. Dikendalikan oleh Puspa Gomen dan suaminya, restoran ini membawa korang menikmati masakan Thailand tanpa perlu meninggalkan Malaysia.
|
Ikan Miang Pla Poa cukup enak |
|
Mukbang Seafood yang menggoda selera!
|
|
Tomyam Goong power! |
Pelbagai Hidangan Ala Thai Yang Memikat Selera
Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan ala Thai yang pasti memukau selera. Mulai dari Mukbang Seafood, Ikan Miang Pla Poa, Tomyam Goong hingga Kerabu Maggie yang menyegarkan. Setiap hidangan disediakan dengan teliti bagi memastikan citarasa yang autentik.
Baca Juga:
|
Laksa nie favourite sis, sedap gilerr!! |
|
Char Kuey Teow pelbagai variasi memikat selera |
Salah satu hidangan pilihan utama di Restoran Mai Kedaghah ialah Laksa. Dicipta dengan tangan sendiri, laksa ini memukau dengan kuah yang pekat dan perpaduan rasa yang sempurna.
Selain itu, menu Char Kuey Teow mereka, dengan variasi seperti Ayam, Udang, Kerang, Sotong, Ketam dan Kambing, pasti akan memuaskan pencinta kuey teow.
Sensasi Pedas Yang Menggigit
|
Korang yang suka colek buah, kena cuba 'Garam Belacan Bini Aku' |
Bagi pencinta pedas, restoran ini menyajikan dua jenis sambal, iaitu Sambal Desik yang menjentik lidah dengan kepedasan mengasyikkan dan Sambal Manjah yang memberikan sentuhan pedas yang lebih santai. Garam Belacan Bini Aku atau colek buah juga menjadi pilihan yang menggoda selera.
|
Ayaq Kedaghah menjadi pilihan ramai |
|
Milo Taboq Kedaghah memang mantap |
Minuman Istimewa Untuk Mencuci Selera
Nikmatilah minuman istimewa seperti Teh Tarik Kedaghah yang menggoda, kelazatan Milo Taboq Kedaghah dan kesegaran tiada tandingan Ayaq Kedaghah. Setiap tegukan akan memberikan pengalaman minum yang penuh kenikmatan.
|
Warna merah jambu mendominasi restoran ini |
Suasana Santai dan Mesra Pelanggan
Dengan waktu operasi dari jam 4 petang hingga 12 malam setiap hari kecuali Isnin, Restoran Mai Kedaghah,Kota Warisan Sepang adalah tempat yang sempurna untuk bersantai dan menikmati hidangan lazat. Suasana restoran yang dipenuhi dengan warna merah jambu terang pasti akan menarik perhatian pengunjung.
Jadi,jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi kekayaan citarasa Thailand di Restoran Mai Kedaghah tanpa perlu bersusah payah meninggalkan negara ini ok!
1 Comments
Sedap sedap menu dia eh
ReplyDelete