Drama Korea 'My Demon' mencipta Kejayaan Gemilang di SBS Drama Awards 2023.Pada malam SBS Drama Awards 2023, satu drama telah mencuri perhatian dan menggegarkan pentas dengan kemenangan yang megah – 'My Demon'!
SBS Drama Awards 2023 -My Demon
My Demon/Netflix

Song Kang dan Kim Yoo Jung Bawa Pulang Anugerah Utama

Pelakon yang menebarkan pesona, Song Kang, telah memenangi anugerah utama pada malam tersebut dengan penampilannya yang cukup mengagumkan dalam drama tersebut. 'My Demon', yang bergenre komedi romantis fantasi membuktikan daya tariknya dengan membawa pulang dua anugerah berprestij –Top Excellence Award: -  Kim Yoo Jung(Actress) / Song Kang(Actor) - My Demon dan Best Couple Awards: Song Kang dan Kim Yoo Jung - My Demon

Baca juga:

Ketahui Cara Pendaftaran & Kemaskini PADU


SBS Drama Awards 2023 -My Demon
My Demon/Netflix

My Demon Alur Cerita Unik & Menarik

My Demon adalah sebuah drama yang memukau penonton dengan alur cerita yang unik dan watak yang menarik. Drama ini mengisahkan kisah seorang pewaris chaebol yang memiliki kecenderungan iblis, Do Do Hee ( Kim Yoo Jung), dan iblis Jung Gu Won ( Song Kang).

Cerita secara terperinci menceritakan kehidupan keduanya yang tiba-tiba kehilangan kuasa mereka ketika terjebak dalam pernikahan kontrak yang mengubah arah hidup mereka.

Kim Yoo Jung, yang memerankan watak Do Do Hee, adalah pewaris Grup Masa Depan. Dengan personaliti yang arogan dan berkepala dingin, dia pada awalnya tidak percaya pada sesiapa.

Namun, hidupnya berubah secara drastik apabila dia terlibat dengan iblis bernama Jung Gu Won dan terpaksa melakukan pernikahan kontrak. Drama ini membawa penonton melalui perjalanan Do Do Hee, yang menghadapi perubahan besar dalam pandangan hidup dan hatinya.

Song Kang, yang membawa watak sebagai sang iblis tampan Jung Gu Won, berjaya memenangi hati penonton dengan penampilannya yang menawan dan pesonanya yang tidak dapat dinafikan.


SBS Drama Awards 2023 -My Demon
My Demon/Netflix

Punya Chemistry Yang Luar Biasa

Kemenangan pasangan ini sebagai Pasangan Terbaik di SBS Drama Awards 2023 adalah cerminan dari chemistry yang luar biasa antara keduanya di layar.

My Demon bukan sekadar drama romantik biasa. Dengan sentuhan fantasi yang kreatif, penonton dihidangkan dengan kisah cinta yang merangsang imaginasi dan membawa suasana yang menyeronokkan.

Kemenangan besar SBS Drama Awards 2023 ini di semakin mengukuhkan tempat istimewa My Demon di hati penonton dan dalam industri hiburan Korea Selatan.

Tahniah kepada Song Kang dan Kim Yoo Jung atas pencapaian cemerlang mereka, membuktikan bahawa keajaiban hebat 'My Demon'. Bagi yang belum layan, drama ini ajoommm... saksikan keajaiban cinta dan fantasinya yang memukau hati dengan kisah unik Do Do Hee dan iblis tampan Jung Gu Won. Sungguh menghiburkan dan meremajakan jiwa kita!!