Kuih lapis merupakan salah satu kegemaran yang tidak dapat dinafikan dalam senarai kuih-muih tradisional Malaysia. Terkenal dengan keunikan teksturnya yang bersalut dan pelbagai warnanya, kuih ini sering menjadi pilihan utama semasa berarapan pagi, minum petang ataupun berbuka puasa. 


kuih lapis

Resepi Kuih Lapis Lemak Manis

Berikut adalah resepi kuih lapis yang mudah untuk disediakan dan pastinya memikat selera.

Bahan-bahan:


500 gram tepung beras

200 gram gula melaka (dikisar halus) 

150 gram santan pekat

100 gram gula pasir

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh pewarna makanan (pilihan sendiri tapi sis suka letak berwarna merah)

Air secukupnya


Cara Membuat:

  1. Campurkan tepung beras dengan santan pekat dalam satu mangkuk besar. Gaul sehingga sebati dan tidak berketul.
  2. Tambahkan gula melaka yang telah dikisar halus, gula pasir, dan garam ke dalam campuran tepung beras tadi. Gaulkan sehingga gula larut.
  3. Masukkan pewarna makanan ke dalam campuran tersebut mengikut warna yang dikehendaki. Kacau rata.
  4. Tuangkan campuran ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak atau mentega.
  5. Kukus lapisan pertama selama kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak.
  6. Selepas lapisan pertama masak, tuangkan lapisan kedua di atasnya dan kukus semula.
  7. Ulangi proses ini sehingga semua lapisan habis digunakan.
  8. Setelah selesai, biarkan kuih lapis sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Baca Juga:

Kuih Kaswi Versi Gula Merah


Nasi Lemak Yang Sedap



kuih lapis

Jom Buat!

Dengan resepi yang mudah dan bahan-bahan yang senang diperoleh, kuih lapis lemak manis dapat disediakan dengan cepat.Selamat mencuba dan selamat menikmati hidangan istimewa ini bersama-sama keluarga tercinta!