Mee Goreng Mamak adalah salah satu hidangan yang popular di Malaysia, terutama di kalangan komuniti India-Muslim atau dikenali sebagai "Mamak". Hidangan ini adalah sejenis mee goreng yang mempunyai citarasa unik dengan bahan-bahan yang memberikan keenakan tersendiri. 

Resepi Mee Goreng Mamak

Keunikan Mee Goreng Mamak

Biasanya dihidangkan di restoran Mamak atau gerai tepi jalan, Mee Goreng Mamak sering menjadi pilihan utama untuk makan malam atau sebagai sarapan yang mengenyangkan. 

Keunikan hidangan ini terletak pada penggunaan bahan-bahan seperti mee kuning, telur, udang kering, kentang, taugeh dan gandingan rencah khas seperti cili boh/cili kisar, kicap manis, kicap pekat , lada putih dan sos tiram  dan sos cili yang memberikan rasa pedas, manis dan sedikit masam. Dengan kombinasi rasa yang cukup menyelerakan Mee Goreng Mamak menjadi hidangan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Cuba Juga:



Resepi Kuih Lapis Lemak Manis


Resepi Mee Goreng Mamak

Resepi Mee Goreng Mamak


Berikut adalah resepinya, cukup enak dan mudah dibuat:


Bahan-bahan:

  • 300g mee kuning
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 batang daun bawang, dihiris
  • 1 cawan taugeh
  • 2 biji kentang rebus, dipotong dadu kecil
  • 1 cawan udang kering, direndam dan dihiris halus
  • 2 sudu besar cili boh/cili kisar (atau secukup rasa)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan lada putih secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Rebus mee kuning dalam air mendidih sehingga lembut. Kemudian toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar. Masukkan telur dan gaul sebentar sehingga telur masak. Kemudian toskan telur dan ketepikan.
  3. Panaskan lagi sedikit minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang besar, bawang putih, dan udang kering sehingga wangi.
  4. Masukkan kentang rebus, taugeh dan daun bawang. Kacau sebentar.
  5. Masukkan mee kuning yang telah direbus tadi ke dalam kuali. Kacau rata.
  6. Tambahkan cili boh/cili kisar, kicap manis, sos tiram, garam dan lada putih. Gaul sehingga semua bahan tercampur rata dan mee betul-betul kering.
  7. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dimasak tadi ke dalam kuali dan gaul rata bersama mee.
  8. Angkat dan hidangkan Mee Goreng Mamak panas dengan hirisan daun bawang,timun dan juga potongan limau nipis sebagai hiasan.

Selamat mencuba!