Puding Karamel adalah pencuci mulut yang popular di kalangan pencinta manisan. Gabungan sempurna antara kelembutan puding dan manisnya karamel membentuk hidangan yang cukup nterutama pada bulan puasa ini.
Gabungan dua lapisan iaitu karamel dan puding yang lembut dan lazat. Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menghasilkan puding karamel yang memukau untuk dinikmati bersama keluarga dan teman-teman!
Bahan-bahan Yang Diperlukan
Bahan-bahan gula karamel:
1/3 cawan gula
2 sudu besar air
Bahan-bahan adunan puding:
2 cawan susu full cream
½ cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur
1 kuning telur
Secubit garam
Cuba Juga:
Resepi Telur Dadar Gulung Sedap
Resepi Ayam Goreng Rangup
Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi
Penyediaan:
Lapisan Karamel:Masak gula dengan air sehingga gula cair dan naik buih.
Apabila sudah keperangan, masukkan gula caramel kedalam loyang dan ratakan karamel pada permukaan loyang.
Puding Karamel:
La nih korang dah tahu rahsia untuk menyediakan puding karamel yang memikat selera. Selamat mencuba dan nikmatilah setiap gigitannya yang lembut dan manis. Jangan lupa untuk berkongsi resepi ini dengan sesiapa sahaja yang ingin merasai kelazatan sejati puding karamel!
Cukup Lazat
Gabungan dua lapisan iaitu karamel dan puding yang lembut dan lazat. Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menghasilkan puding karamel yang memukau untuk dinikmati bersama keluarga dan teman-teman!
Resepi Puding Karamel
Bahan-bahan Yang Diperlukan
Bahan-bahan gula karamel:
1/3 cawan gula
2 sudu besar air
Bahan-bahan adunan puding:
2 cawan susu full cream
½ cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur
1 kuning telur
Secubit garam
Cuba Juga:
Resepi Telur Dadar Gulung Sedap
Resepi Ayam Goreng Rangup
Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi
Cara Buat Puding Karamel Enak
Penyediaan:
Lapisan Karamel:Masak gula dengan air sehingga gula cair dan naik buih.
Apabila sudah keperangan, masukkan gula caramel kedalam loyang dan ratakan karamel pada permukaan loyang.
Puding Karamel:
- Kacau perlahan telur dan kuning telur, lalu masukkan esen vanila.
- Masak susu full cream, gula dan secubit garam. Masak sehingga naik asap, sedikit berbuih. Tapi tak yah sampai mendidih.
- Kemudian tuang adunan susu suam kedalam telur sedikit demi sedikit.Sambil tu kacaulah perlahan-lahan adunan.
- Tapis adunan puding, lalu tuangkan kedalam loyang lapisan karamel dengan perlahan.
- Tutup loyang dengan aluminium foil,dan masak puding karamel. Boleh jer nak kukus atau bakar.
- Bagi kaedah water bath dan bakar, masukkan loyang kedalam loyang yang lebih besar lalu tuang air panas kedalam loyang besar.
- Bakar puding karamel pada suhu 160˚ dalam anggaran selama 50 minit.
- Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk dalam beberapa jam ataupun semalaman.
- Lorekkan bahagian tepi puding lalu terbalikkan puding karamel untuk dihidang.

0 Comments