Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan bangganya melancarkan Kempen Jom Potong 2024 di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, menekankan kepentingan bayaran zakat melalui Skim PZB untuk menjamin keberterusan agihan zakat kepada asnaf di Wilayah Persekutuan setiap bulan. Agihan zakat termasuk bantuan kewangan bulanan bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat ini.
Lebih 250 pembayar bertuah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk:
I. Daftar PZB secara dalam talian melalui:
Apa Itu Skim PZB?
Kempen Jom Potong,atau lebih dikenali sebagai Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) akan berlangsung selama enam bulan bermula 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul RM90 juta zakat daripada 7,000 pembayar zakat.Kenapa Skim PZB Penting?
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, menekankan kepentingan bayaran zakat melalui Skim PZB untuk menjamin keberterusan agihan zakat kepada asnaf di Wilayah Persekutuan setiap bulan. Agihan zakat termasuk bantuan kewangan bulanan bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat ini.
Manfaat Skim PZB
- Mudah dan Sistematik
Saluran pembayaran yang mudah dan sistematik, tanpa bebanan di akhir tahun.
- Rebat Cukai 100%
Layak mendapat 100% rebat cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Khairat Kematian
Dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki yang memberi waris tuntutan wang sehingga RM3,000 jika berlaku kematian.
Baca Juga:
Selamat Pagi. 5 Cara Bangkitkan Energi Positif
Belajar Menghargai Waktu Yang Masih Dimiliki
Hadiah Menarik Menanti Anda!
Lebih 250 pembayar bertuah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk:
- Pakej Umrah Ziarah Turki
- Motosikal Elektrik
- Kerusi Urut
- Airwheel Luggage
- Banyak lagi produk barangan asnaf!
Bagaimana Untuk Sertai?
Cara penyertaan Kempen Jom Potong 2024 adalah seperti berikut:I. Daftar PZB secara dalam talian melalui:
- ptg.zakat.com.my
- Imbas Kod QR
II. Isi borang Skim PZB secara manual di:
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari portal PPZ-MAIWP atau ikuti laman media sosial Pusat Pungutan Zakat.
- Kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Melalui majikan anda
Statistik 2023
Pada tahun 2023, 50% daripada kutipan zakat sebanyak RM519,369,537.69 adalah melalui Skim Potongan Bulanan.Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari portal PPZ-MAIWP atau ikuti laman media sosial Pusat Pungutan Zakat.
Apa tunggu lagi, jom sertai Kempen Jom Potong 2024 sekarang! Tunaikan tanggungjawab korang, bantu mereka yang memerlukan serta nikmati manfaat istimewa. Jangan lepaskan peluang ini!
1 Comments
Best berzakat sambil boleh menang hadiah..
ReplyDelete