Bubur jagung adalah antara pencuci mulut tradisional Malaysia yang paling digemari. Rasa manis jagung yang berpadu dengan kelembutan sagu dan santan menjadikan hidangan ini pilihan ramai

Bubur Jagung


Resepi ini mudah dan cepat kerana menggunakan jagung tin, sesuai untuk hidangan seisi keluarga!

Resepi Bubur Jagung

Bahan-bahan:
  • 1 tin jagung manis (krim)

  • ½ tin jagung manis (ketulan)
  • 1/2 cawan sagu
  • 1 liter air
  • 250 ml santan
  • 3-4 sudu besar gula (boleh tambah mengikut selera)
  • 1 helai daun pandan (diikat)
  • Sedikit garam
Cuba Juga:

Resepi Ikan Singgang
Resepi Kerabu Mangga Dengan Bunga Kantan

Cara Membuatnya

  • Masak Sagu

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu. Kacau selalu sehingga sagu jernih. Angkat dan tapis. Bilas sagu dengan air sejuk untuk elakkan ia melekat. Ketepikan.

  • Masak Bubur

Dalam periuk yang lain, masukkan air, jagung tin, gula, daun pandan dan sedikit garam. Masak dengan api sederhana sambil kacau perlahan-lahan.

  • Masukkan santan

Setelah mendidih, masukkan santan dan teruskan kacau. Perlahankan api dan masak lagi dalam 5-10 minit.

  • Campurkan Sagu

Akhir sekali, masukkan sagu yang telah dimasak tadi ke dalam bubur. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar sebelum tutup api.

Bubur Jagung

Siap untuk dihidangkan

Bubur jagung anda kini sedia untuk dinikmati, sama ada panas atau sejuk!


Tips Tambahan

Untuk lebih wangi dan sedap, korang boleh tambah seketul gula Melaka sebagai ganti gula biasa.

Hidangkan bersama ketulan ais jika suka bubur yang lebih segar.


Resepi Bubur Jagung ini bukan sahaja mudah tetapi juga cepat disediakan, sesuai untuk pencuci mulut di hari panas. Sagu yang kenyal dan jagung manis dalam kuah santan berlemak memang padu!

Selamat mencuba.