Setiap kali sis masuk ke dapur, terasa macam berada di tempat yang paling menenangkan. Dapur bukan sekadar tempat masak atau port menyediakan makanan. Bahkan ia ruang di mana sis boleh tunjukkan kasih sayang buat keluarga tersayang.

Masakan jadi cara paling mudah untuk sis zahirkan rasa cinta, sebab setiap hidangan yang dimasak penuh dengan sentuhan hati.

Masak itu terapi cinta


Masak Buat Jiwa Lebih Tenang


Bagi sis, memasak bukan kerja harian yang membosankan. Ia adalah satu terapi. Bila senduk di tangan, bau tumisan bawang goreng memenuhi dapur, sis rasa semua masalah hilang sekejap.

Dari menu paling simple macam Telur Masak Kicap sampai ke Ayam Masak Merah, setiap masakan ada kisah sendiri. Telur Masak Kicap tu hidangan kegemaran anak-anak dari dulu sampai sekarang.Tengok mereka makan dengan penuh selera, hilang semua penat sis di dapur.

Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Ayam Masak Asam Pedas memang makanan favourite kat rumah sis. Pedas, berlemak, penuh dengan rasa cinta yang sis curahkan. Hidangan seperti Gulai tempoyak, Sambal Petai, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Jering dan Rendang Daging Hitam suatu ketika dahulu ketika arwah emak masih ada, ianya selalu jadi pilihan apabila sis balik kampung. 

Mengenyangkan Hati Insan Tersayang

Masak itu terapi cinta



Setiapkali sis masak menu ni, ingatan terus terbang balik ke zaman kecil, masak sama-sama dengan mak di dapur. Dekat situ sis belajar, memasak bukan setakat nak kenyangkan perut, tapi nak kenyangkan hati orang yang kita sayang.

Pulut Kuning dan Nasi Himpit? Haa, dua hidangan ni memang tak pernah tinggal kalau ada majlis Istimewa ataupun hari raya. Pulut Kuning lembut dimakan dengan Rendang Daging Hitam atau Rendang Ayam, memang puas hati. 

Nasi Himpit pulak sedap cicah Kuah Kacang Ayam. Kalau ada tetamu datang, hidangan inilah yang sis banggakan. Wahh gitewww!!


kari ayam



Kari Ayam dengan rempah ratus yang sis gunakan, selalu menghidupkan suasana di meja makan. Aromanya, rasa kari yang pekat, semua tu buat sis rasa masak memang satu seni. Tak kira berapa banyak resipi simple yang sis buat, rasa cinta tu tetap sama. Menu-menu ni bawa memori indah yang selalu buat sis tersenyum.


Cubalah:






Masak itu terapi cinta

Dapur Jantung Rumah!

Disebabkan itulah, sis selalu impikan dapur yang lengkap dan menyenangkan. Bayangkan dapur dengan konsep industri moden, minimalis tapi cantik. Peralatan memasak semua canggih, memudahkan kerja sis.

Pencahayaan yang terang, ada pokok-pokok menghijau, ruang kerja yang selesa, semuanya buat pengalaman memasak lebih seronok. Bila dapur kemas dan teratur, semangat memasak pun bertambah, sis boleh masak dengan lebih gembira.

Dapur ni, sis anggap sebagai jantung rumah. Dekat situ la tempat segala kasih sayang tercurah, melalui makanan yang sis masak dengan penuh cinta.

Tak kisahlah hidangan simple macam Sambal Sardin, Sambal Kentang,Telur Mata Kicap atau yang lebih istimewa macam Ayam Masak Merah, Rendang Hitam, Pulut Kuning, Sambal Udang Petai, Asam Pedas Ikan Tenggiri, semuanya adalah tanda kasih sayang sis kepada keluarga. Setiap suapan mereka adalah kebahagiaan sis.

Masak memang terapi cinta buat sis dan dengan dapur yang menenangkan, sis rasa setiap hidangan yang dimasak jadi lebih bermakna!