Self-love atau menghargai diri sendiri bukanlah sifat mementingkan diri, tapi kunci untuk hidup lebih tenang dan bahagia. Korang pernah tak rasa penat dengan kehidupan seharian yang tak henti-henti? Kadang-kadang, sibuk sangat dengan kerja, urusan keluarga dan kawan-kawan sampai terlupa nak ambil masa untuk diri sendiri. 

Ada yang mungkin rasa kalau utamakan diri sendiri, nanti orang akan cakap kita “selfish” atau pentingkan diri. Tapi korang, sini sis nak share satu benda—self-love atau menghargai diri sendiri bukanlah satu sifat negatif. Sebenarnya, ia adalah kunci untuk kesejahteraan hidup korang!


self-love


Apa Itu Self-Love?

Self-love ni bukan sekadar treat diri dengan barang mahal atau lepak kat spa mewah.Bukan setakat tu je! Menghargai diri sendiri lebih kepada penerimaan sepenuhnya tentang diri siapa korang yang sebenarnya, termasuk segala kelemahan dan kekuatan yang korang ada.

Bila korang praktikkan self-love, korang sebenarnya menjaga kesejahteraan fizikal, emosi dan mental. Kadang-kadang, kita kena beri diri sendiri ruang untuk berehat dan reset supaya kita dapat jadi versi terbaik diri kita.

Baca Juga:

Masak Itu Terapi Cinta

Tips Memilih Bantal Tidur Untuk Elak Sakit Tengkuk



self-love


Mengapa Menghargai Diri Sendiri Bukan Selfish?

Cuba bayangkan diri korang macam telefon bimbit. Kalau bateri dah habis, telefon tu tak boleh berfungsi, kan?

Sama macam kita. Kalau korang tak jaga diri—tak cukup rehat, asyik stress - lama-lama korang akan “drain out.”

Jadi, menghargai diri sendiri bukanlah tanda pentingkan diri, tapi ia adalah langkah untuk memastikan korang mampu memberi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.

Bila korang mula utamakan diri, korang akan sedar yang korang lebih tenang, lebih fokus dan lebih positif. Korang akan jadi lebih bersedia untuk hadapi cabaran hidup, berbanding kalau korang sentiasa letak keutamaan pada orang lain hingga diri sendiri terabai.


self-love

Kepentingan Self-Love Dalam Hidup Seharian

Sis tahu, dunia sekarang penuh dengan tekanan. Dari tempat kerja sampai ke rumah, selalu ada expectation yang perlu dipenuhi.

Tapi bila korang mula menghargai diri sendiri, korang akan dapat kawal tekanan tu dengan lebih baik. Korang akan mula letak batas yang sihat, belajar untuk kata "tidak" tanpa rasa bersalah dan mula sedar yang kesihatan mental adalah aset paling berharga dalam hidup.

Self-love jugak buat korang kurang bandingkan diri dengan orang lain. Korang akan faham yang kita semua unik dan perjalanan hidup setiap orang tak sama.

Bila korang dah sayang diri, korang akan lebih yakin dengan apa yang korang ada tanpa perlu tengok kejayaan orang lain sebagai ukuran.

Cara Praktikkan Self-Love Setiap Hari

Nak mula sayang diri sendiri ni tak susah, korang. Meh sis kongsikan beberapa tips mudah untuk korang mulakan:

Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri

Tak salah kalau korang nak ambil masa untuk buat benda yang korang suka. Walaupun sibuk, korang tetap kena utamakan keseronokan diri. Takkiralah tengok drama, baca buku atau sekadar rehat sambil dengar lagu.
 

Berhenti Mengkritik Diri Sendiri Terlalu Kasar

Kadang-kadang kita sendiri terlalu harsh dengan diri sendiri. Kalau tersilap sikit, terus rasa down.
Korang, cubalah lebih lembut dengan diri. Belajar cakap benda positif pada diri sendiri macam “Tak apa, aku dah buat yang terbaik.”

Letakkan Batas Yang Sihat

Korang tak perlu selalu kata "ya" pada semua perkara. Kadang-kadang, korang perlu tolak permintaan orang lain demi kesejahteraan diri sendiri. Letak batas supaya korang tak rasa terlalu terbeban.

Raikan Pencapaian Kecil

Jangan tunggu kejayaan besar baru nak raikan diri. Setiap pencapaian kecil yang korang capai hari-hari tu juga patut dihargai. Bila korang selesaikan sesuatu dengan baik, berilah pujian pada diri sendiri.

Terima Kesilapan Sebagai Pengajaran

Buat silap tu biasa, korang. Tak ada manusia yang sempurna. Jadi, jangan rasa down sangat bila buat silap. Ambil kesilapan tu sebagai pengajaran untuk jadi lebih baik.

Self-Love Adalah Asas Kesejahteraan Hidup

Sis nak ingatkan korang yang menghargai diri sendiri bukanlah sifat mementingkan diri. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa korang sayang diri dan bersedia untuk menjaga diri supaya dapat menghadapi hidup dengan lebih kuat dan tenang. Bila korang mula praktikkan self-love, korang akan rasa hidup jadi lebih bermakna dan bahagia.

Jadi, korang, jangan takut untuk beri diri sendiri ruang. Self-love adalah kunci untuk hubungan yang lebih baik dengan diri sendiri dan juga orang lain. Bila korang sayang diri, korang akan jadi lebih bertenaga dan positif serta mampu menjalani hidup dengan penuh keyakinan.

Ingat, korang berhak untuk disayangi - bukan oleh orang lain saja, tapi juga oleh diri sendiri!