Pernah tak terfikir, serum atau pelembap mana yang lebih penting untuk kulit kita? Kedua-duanya sering disebut dalam rutin penjagaan kulit, tapi ramai yang masih keliru tentang fungsinya dan bila perlu digunakan.
Sebenarnya serum dan pelembap memainkan peranan yang cukup berbeza – satu berfungsi sebagai rawatan intensif untuk masalah kulit. Manakala satu lagi memastikan kelembapan kekal sepanjang hari.
Jadi, nak tahu mana yang sesuai untuk kulit? Ajom bongkar rahsia serum dan pelembap supaya kita boleh membuat pilihan yang tepat!
Serum adalah produk penjagaan kulit yang biasanya mempunyai tekstur ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit. Ia kaya dengan bahan aktif seperti vitamin, asid hyaluronik dan antioksidan.
Disebabkan konsistensinya yang lebih pekat, serum mampu menembusi lapisan kulit yang lebih dalam dan memberi manfaat langsung kepada punca masalah kulit.
Pelembap atau moisturizer pula adalah produk yang berfungsi untuk mengunci kelembapan di permukaan kulit.
Ia biasanya mempunyai tekstur yang lebih tebal atau kenyal dan membantu mengekalkan hidrasi pada kulit sepanjang hari. Pelembap amat penting untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak.
Pelembap membantu menghalang kehilangan air dari permukaan kulit memastikan kulit sentiasa lembut dan tidak kering.
Pelembap juga berfungsi sebagai lapisan pelindung, melindungi kulit daripada pencemaran dan perubahan cuaca yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Sebagai contoh, jika korang mengalami kulit kusam atau bintik hitam, serum dengan vitamin C boleh membantu. Namun, pelembap adalah wajib untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya serum dapat berfungsi dengan lebih baik.
Serum dan pelembap adalah pelengkap yang sempurna dalam rutin penjagaan kulit. Untuk hasil terbaik, gunakan kedua-duanya bersama kerana mereka masing-masing berfungsi untuk menyelesaikan masalah kulit yang berbeza.
Namun, jika perlu memilih satu, tanya pada diri sendiri apa yang kulit korang perlukan sekarang ini. Kelembapan atau rawatan masalah khusus?
Ingat, kulit yang sihat adalah kulit yang mendapat penjagaan lengkap!
Antara Serum & Pelembab
Sebenarnya serum dan pelembap memainkan peranan yang cukup berbeza – satu berfungsi sebagai rawatan intensif untuk masalah kulit. Manakala satu lagi memastikan kelembapan kekal sepanjang hari.
Jadi, nak tahu mana yang sesuai untuk kulit? Ajom bongkar rahsia serum dan pelembap supaya kita boleh membuat pilihan yang tepat!
Apa Itu Serum?
Serum adalah produk penjagaan kulit yang biasanya mempunyai tekstur ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit. Ia kaya dengan bahan aktif seperti vitamin, asid hyaluronik dan antioksidan.
Disebabkan konsistensinya yang lebih pekat, serum mampu menembusi lapisan kulit yang lebih dalam dan memberi manfaat langsung kepada punca masalah kulit.
Fungsi Serum
* Menyasarkan Masalah Khusus
Serum diformulasikan untuk merawat masalah tertentu seperti tanda-tanda penuaan, jerawat atau kulit kusam. Bahan aktif seperti retinol atau vitamin C dalam serum membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan garis halus.
* Membaiki Kulit yang Rosak
Serum dengan asid hyaluronik boleh membantu memperbaiki kulit yang kering dan rosak menjadikannya lebih lembut dan anjal.Baca Juga:
Bergaya Dengan Barangan Preloved, Trend Atau "Low Class"?
Apa Itu Moisturizer (Pelembap)?
Pelembap atau moisturizer pula adalah produk yang berfungsi untuk mengunci kelembapan di permukaan kulit.
Ia biasanya mempunyai tekstur yang lebih tebal atau kenyal dan membantu mengekalkan hidrasi pada kulit sepanjang hari. Pelembap amat penting untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak.
Fungsi Pelembap
* Mengekalkan Kelembapan Kulit
Pelembap membantu menghalang kehilangan air dari permukaan kulit memastikan kulit sentiasa lembut dan tidak kering.
* Melindungi Kulit Dari Kerosakan Luaran
Pelembap juga berfungsi sebagai lapisan pelindung, melindungi kulit daripada pencemaran dan perubahan cuaca yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Mana yang Lebih Penting, Serum atau Pelembap?
Memilih antara serum dan pelembap bergantung pada keperluan kulit kita. Serum adalah pilihan terbaik untuk menangani masalah kulit yang khusus. Manakala pelembap penting untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.Sebagai contoh, jika korang mengalami kulit kusam atau bintik hitam, serum dengan vitamin C boleh membantu. Namun, pelembap adalah wajib untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya serum dapat berfungsi dengan lebih baik.
Cara Menggunakan Serum dan Pelembap dalam Rutin Skincare
Mulakan dengan Serum
Selepas membersihkan wajah dan menggunakan toner, sapukan serum. Beberapa titisan sahaja sudah mencukupi kerana serum lebih pekat.Ikuti dengan Pelembap
Setelah serum meresap, gunakan pelembap untuk mengunci semua kebaikan yang dibawa oleh serum tadi. Pelembap ini akan mengekalkan kelembapan dan memberi perlindungan kepada kulit.Serum dan Pelembap untuk Semua Jenis Kulit
Kulit Berminyak
Pilih serum dengan bahan seperti niacinamide dan pelembap ringan yang bebas minyak.Kulit Kering
Serum dengan asid hyaluronik dan pelembap yang bertekstur lebih pekat adalah pilihan terbaik.Kulit Sensitif
Cari serum yang bebas wangian dan pelembap yang lembut untuk mengurangkan risiko kerengsaan.Serum dan pelembap adalah pelengkap yang sempurna dalam rutin penjagaan kulit. Untuk hasil terbaik, gunakan kedua-duanya bersama kerana mereka masing-masing berfungsi untuk menyelesaikan masalah kulit yang berbeza.

0 Comments