Pernah tak lepas cuci muka, kulit rasa tegang dan kering sangat? Sis dulu pun alami masalah yang sama. Muka terasa macam tertarik, sampai rasa tak selesa. Sis pun mula tercari-cari apa yang boleh buat kulit kembali lembap dan segar. Hinggalah satu hari, kawan sis cadangkan untuk cuba Cetaphil Toner. 

Katanya, toner ni bukan biasa-biasa, tapi memang terbaik untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Sis pun cuba, dan terus jatuh cinta!Kalau korang pun ada masalah yang sama, teruskan baca, sebab Cetaphil Toner mungkin penyelamat kulit korang juga!


Cetaphil Toner

Kenapa Penggunaan Toner Penting?


Mungkin korang pernah dengar toner ni, tapi tak tahu kenapa ia penting dalam rutin penjagaan kulit. Toner sebenarnya langkah yang sering dilupakan, tapi penting untuk kulit yang bersih dan berseri.

Setelah mencuci muka, kulit kita perlukan "reset button" untuk kembalikan keseimbangan pH dan menyegarkan pori-pori. Di sini lah Cetaphil Toner memainkan peranan penting.

Toner ini diformulasikan khas untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Tak perlu risau sebab tiada bahan alkohol yang mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia mengandungi kelembapan semula jadi yang menyegarkan wajah korang!

Baca Juga:

Penyebab Bibir Hitam



Cetaphil Toner


Mesti Cuba! Cetaphil Brightness Refresh Toner


Siapa tak nak kulit cerah, berseri, dan lebih sekata? Kalau korang nak kulit yang glowing seawal penggunaan pertama, Cetaphil Brightness Refresh Toner adalah jawapannya! Dengan formula yang terbukti secara klinikal, toner ini bukan sahaja memberikan pencahayaan semulajadi pada kulit, tetapi juga meningkatkan kelembutan dan keserian wajah.

Apa yang menarik, Cetaphil Brightness Refresh Toner membantu menyeimbangkan tona kulit supaya ia lebih sekata dan bercahaya tanpa rasa iritasi. Bukan itu sahaja, produk ini juga hypoallergenic, jadi sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Cara Menggunakannya

Mudah je! Selepas cuci muka, titiskan toner pada kapas atau tangan dan sapukan perlahan-lahan ke seluruh wajah. Gunakan pagi dan malam untuk hasil yang terbaik.

Kesimpulan

Kalau korang cari toner yang lembut, sesuai untuk kulit sensitif dan dapat beri kelembapan yang kulit perlukan, Cetaphil Toner adalah pilihan yang tepat. Jadikan ia sebahagian daripada rutin penjagaan kulit korang hari ini!

Jom cuba Cetaphil Brightness Refresh Toner dan lihat sendiri perubahan kulit korang – cerah, lembut dan berseri dalam sekelip mata!