Siapa kata nak sambut hari lahir kena beli kek mahal di kedai? Kek birthday homemade bukan sahaja lebih menjimatkan, tapi juga penuh kasih sayang dan mampu mencipta detik istimewa dengan hasil ari tangan sendiri!
Untuk kek:
200g mentega
200g gula kastor
4 biji telur
200g tepung gandum (diayak bersama 1 sudu kecil serbuk penaik)
1 sudu kecil esen vanilla
Untuk buttercream:
250g mentega
500g gula icing (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
Pewarna makanan (pilihan)
Sediakan Kek
Hasilkan Buttercream
Hiaskan Kek
Bila hasilkan kek birthday sendiri, setiap proses – dari mengadun hingga menghias – adalah pengalaman yang penuh makna. Detik inilah yang menjadikan sambutan lebih istimewa.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba resepi kek birthday homemade ini dan cipta kenangan manis bersama keluarga dan kengkawan.! 🎉
Kenapa Pilih Kek Birthday Homemade?
Lebih Istimewa
Kek buatan sendiri mencerminkan usaha dan kasih sayang kita sendiri. Setiap hirisan kek dipenuhi rasa cinta yang tak boleh dibeli dengan wang.Boleh Custom Sesuka Hati
Kita boleh sesuaikan kek mengikut tema, warna kegemaran atau rasa pilihan si penerima. Nak letak topping coklat, buah-buahan segar, atau krim keju? Semua boleh!Kos Lebih Jimat
Dengan bahan asas seperti tepung, telur, gula dan mentega, kita boleh hasilkan kek berkualiti tinggi tanpa mengeluarkan belanja besar.Resepi Kek Birthday Vanilla Buttercream (Mudah & Sedap!)
Bahan-Bahan yang diperlukan:
Untuk kek:
200g mentega
200g gula kastor
4 biji telur
200g tepung gandum (diayak bersama 1 sudu kecil serbuk penaik)
1 sudu kecil esen vanilla
Untuk buttercream:
250g mentega
500g gula icing (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
Pewarna makanan (pilihan)
Cara-Cara Membuatnya:
Sediakan Kek
- Panaskan oven pada suhu 180°C.
- Pukul mentega dan gula sehingga gebu.
- Masukkan telur satu persatu, diikuti esen vanilla.
- Gaulkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik baking paper.
- Bakar selama 30-35 minit.
Hasilkan Buttercream
- Pukul mentega hingga lembut.
- Masukkan gula icing secara perlahan-lahan.
- Tambahkan esen vanilla dan pewarna mengikut tema pilihan anda.
Hiaskan Kek
- Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum disapu buttercream.
- Gunakan piping bag untuk menghias dengan corak kreatif seperti bunga, nama atau mesej istimewa.
Cuba Juga:
Resepi Nasi Ayam Pandan
Resepi Kek Coklat Paling Sedap
Tips Menarik untuk Kek Birthday Homemade
Gunakan Bahan Berkualiti
Pilih mentega, tepung, dan coklat premium untuk rasa kek yang lebih enak.Eksperimen dengan Perisa
Cuba tambah filling seperti jem strawberi, Nutella atau krim keju di tengah kek untuk kejutan istimewa.Tema & Dekorasi
Sesuaikan kek dengan tema majlis seperti "Unicorn", "Superhero" atau "Elegant Minimalist".Cipta Memori Manis dengan Kek Homemade
Bila hasilkan kek birthday sendiri, setiap proses – dari mengadun hingga menghias – adalah pengalaman yang penuh makna. Detik inilah yang menjadikan sambutan lebih istimewa.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba resepi kek birthday homemade ini dan cipta kenangan manis bersama keluarga dan kengkawan.! 🎉
0 Comments