Kalau sebut Penang, mesti terbayang makanan-makanan yang enak, bukan? Baru-baru ini, sis berpeluang ke Pulau Pinang, kebetulan  "Pakcik" nih ada urusan kerja di sana. Jadi, alang-alang cuti sekolah, ambillah peluang untuk bawa Dea Marissa jalan-jalan makan angin. Dah lama betul tak ke Penang—kali terakhir masa Dea Marissa  berumur tiga tahun!

Kali ini berpeluang makan di Restoran Pen Mutiara yang famous tu. Sebelum ni, banyak dengar review positif tentang tempat ni, jadi excited sangat nak cuba sendiri. 


Kari Kepala Ikan


Kari Kepala Ikan Panas Berasap – Sajian Wajib Cuba!

Restoran Pen Mutiara memang terkenal dengan kari kepala ikan ‘fresh’ yang kaya dengan rasa rempah ratus. Kuahnya penuh dengan aroma yang menggoda selera, sesuai dimakan panas-panas bersama nasi putih. Kalau korang peminat kari, inilah tempat yang wajib dicuba!


Tapi bukan itu saja, restoran ini juga menawarkan pelbagai menu masakan tradisi Melayu lain. Di sini, pilihan menu masakan laut memang pelbagai dan memuaskan hati semua pencinta makanan. Selain kari kepala ikan, anda boleh cuba pelbagai jenis ikan segar dan makanan laut lain yang dimasak dengan pelbagai gaya.

Ikan Jenahak, Siakap & Ikan Merah masak Tiga Rasa, Masam Manis, Stim atau Pedas! Sotong, Udang, Ketam goreng tepung, masak sambal dan  macam-macam lagi!Dengan pilihan menu ala carte atau set, semuanya berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.


Baca Juga:

Kari Ayam Ala Mamak Yang Lazat



Restoran Pen Mutiara
Kita orang makan nasi, Dea Marissa tetap dengan menu fav - fries 


Restoran & Hotel Pen Mutiara – Selesa dan Mesra Keluarga

Terletak di Wisma Nelayan Pelabuhan LKIM, Batu Maung, restoran ini bersebelahan Jambatan Kedua Pulau Pinang, menjadikannya lokasi strategik untuk makan tengah hari atau makan malam selepas seharian meneroka Penang. Suasana restoran yang luas dan selesa sesuai untuk keluarga besar. Tambah pula dengan servis yang pantas, anda pasti puas hati!


Nak order pun mudah. Kat sini, mereka guna sistem QR untuk membuat pesanan, jadi tak perlu risau kalau restoran penuh—semuanya cepat dan efisien.


Restoran Pen Mutiara
Jangan lupa try Terung Sambal yang sedap tu


Harga Berpatutan dengan Rasa Premium


Kari kepala ikan di Pen Mutiara bukan saja terkenal kerana rasanya, tapi juga harganya yang berpatutan. Hidangan kari kepala ikan biasanya sesuai untuk 4-6 orang, jadi memang berbaloi untuk dijadikan menu utama semasa makan bersama keluarga.


Waktu Operasi & Lokasi


Restoran Pen Mutiara


📍 Restoran & Hotel Pen Mutiara

Wisma Nelayan, Pelabuhan LKIM, Batu Maung, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

🕚 Waktu Operasi:  Setiap hari, 11.00 pagi - 10.00 malam (Last Order: 9.30 malam)


Jadi, kalau anda bercuti ke Penang, jangan lupa singgah ke Pen Mutiara. Bukan saja dapat menikmati juadah istimewa, malah pengalaman makan di sini pasti menjadi kenangan manis untuk anda sekeluarga.

Jom ke Pen Mutiara! Nikmati keunikan masakan Melayu yang tak lapuk dek zaman.