Bayangkan… malam yang dingin, perut lapar dan korang sedang mencari tempat makan malam yang boleh memuaskan rasa lapar dengan hidangan istimewa. Maka di sinilah kisah ini bermula – Pekena Chicken Chop Viral Klang - EFA Western di Jalan Meru, Klang.

Malam itu, sis bersama Dea Marissa memutuskan untuk mencuba apa yang disebut-sebut sebagai “Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk.” Nama yang unik, kan? Tapi tunggu sehingga korang mendengar cerita penuh ini he he he


Chicken Chop Viral Klang



Pertama Kali Menikmati Chicken Chop Viral Klang


Ketika hidangan sampai ke meja, terdiam seketika. Betul-betul besar, sebesar tapak tangan Hulk! Dua keping ayam yang disalut tepung rangup dengan warna keemasan seperti memanggil-manggil kami untuk terus mencubanya.

Dan bila gigitan pertama masuk ke mulut – wow! Ayamnya lembut, juicy dan digoreng dengan sempurna. Tapi yang menjadi bintang utama adalah sosnya! Gabungan homemade brown sauce dan sos lada hitam betul-betul melengkapi hidangan ini.


Chicken Chop Viral Klang


Tak lupa, Mushroom Soup & Cheesy Meatballs. Side dish ini penuh rasa, sesuai untuk dinikmati sambil menunggu main dish.Kami kongsi hidangan ini – ya, kongsi! Sebab portion dia memang besar, cukup untuk dua orang.


Menu Lain Yang Wajib DiCuba

Chicken Chop Viral Klang


Kalau Chicken Chop Tapak Tangan Hulk ini tak cukup buat korang teruja, EFA Western ada banyak lagi pilihan menarik!

Eka Western
Banyak pilihan makanan


Sizzling Chicken Chop

Hidangan ayam panas-panas atas plate sizzling, diiringi sos lada hitam homemade – nikmat tak terkata!

Double Chicken with Cheese

Dua keping ayam besar, dilapisi dengan lelehan keju – heaven!

Nasi Lemak Mix Grill

Gabungan nasi lemak dengan ayam grill – kombinasi tradisional dan barat yang sempurna.

Fish & Chips

Ikan goreng tepung yang rangup dan kentang goreng, klasik tapi sentiasa memuaskan.

Nasi Chicken Chop Menangis

Jangan risau, menangis di sini bukan sebab sedih – tapi sebab kekenyangan dan kesedapan!


Baca Juga: 


Sarapan Pagi Di Warung Imam Muda






Eka Western
Memang menyegarkan tekak!

Minuman Segar Pelengkap Hidangan


Makan besar tanpa minuman yang segar? Tak sah! Kami memilih dua minuman wajib cuba di sini:Kasturi 

Asam Boi – rasa masam manis yang menyegarkan, sesuai dengan cuaca panas Malaysia.

Tembikai Laici – gabungan manis tembikai dan aroma laici yang memikat.

Percayalah, dua-duanya mampu menyejukkan badan selepas menikmati hidangan berat.

Kenapa EFA Western Jadi Port Makan Malam Terbaik?

Eka Western

EFA Western bukan sekadar tempat makan biasa. Ada banyak sebab kenapa tempat ini wajib masuk dalam list korang:

Port makan padu

Sesuai untuk makan malam bersama keluarga, teman, atau pasangan – vibe santai, mesra pelanggan, nak parking senang dan ada kemudahan tandas dan surau.

Harga mampu milik

Portion besar tapi harga sangat berpatutan!

Servis OK

Walaupun penuh pelanggan, pesanan tetap cepat sampai.

Alamat & Info Penting

📍 Alamat: Lot 2555, Jalan Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor
⏰ Waktu Operasi: 4:30 PM - 10:15 PM (Tutup setiap Khamis)



Memang puash hati! 

Jangan Tunggu Lagi – Jom Makan Besar!

Kalau korang rasa lapar sekarang  nie, tui tandanya kena terus plan ke Chicken Chop Viral Klang - EFA Western malam ini juga! Ajak keluarga, kengkawan atau pasangan korang dan kalau kena selera dah pasti mereka takkan kecewa!

Dan jangan lupa, bila ke situ, cuba Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk. Memang puas hati! Selamat menikmati!