Siapa yang tak suka kek coklat moist, kan? Kek coklat ni memang kegemaran ramai, daripada kanak-kanak sampai ke orang dewasa. Tapi kadang-kadang, kita rasa malas nak buat sebab ingat perlu ada mixer. Jangan risau! Resepi yang sis nak kongsikan ni sangat simple dan langsung tak perlukan mixer. Moh la kita buat!


Kek Coklat Moits Tanpa Mixer

 

Kisah Di Sebalik Kek Coklat Ini


Sebenarnya sis bukanlah seorang hebat di dapur.Tapi, semangat nak buat sesuatu untuk anak-anak makan tu cukup menebal. Lagi-lagi bila nampak gambar kek coklat moist yang viral di media sosial.

Time tu tiada mixer, tapi tekad nak cuba juga. Hasilnya? Memang menjadi dan sedap giler heehe! Jadi, sis nak kongsikan resepi nie supaya korang pun boleh cuba.

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist Tanpa Mixer

Bahan-bahan kek

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor\
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • Secubit garam

Bahan topping coklat

  • ½ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar mentega


Cuba Juga:


Cucur Udang Rangup & Sedap




Kek Coklat Moits Tanpa Mixer



Cara-Cara Membuat Kek Coklat Moist Tanpa Mixer

Sediakan bahan-bahan

Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu mangkuk. Ketepikan.

Campur bahan basah

Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula kastor menggunakan whisk atau garfu sehingga gula larut. Kemudian, masukkan minyak masak, susu segar dan esen vanila. Kacau hingga sebati.

Gabungkan bahan kering dan basah

Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan basah. Kacau perlahan-lahan hingga adunan licin dan tidak berketul.

Kukus kek

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper atau disapu dengan minyak. Kukus selama 45-60 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kek.

Sediakan topping coklat

Dalam periuk kecil, masukkan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga pekat dan berkilat.

Hias dan hidang

Setelah kek masak dan sejuk, tuangkan topping coklat di atasnya. Hias dengan taburan badam, coklat rice atau buah-buahan jika suka.


Tips Penting untuk Kek Coklat Moist Sempurna

  • Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek.
  • Jangan buka penutup pengukus terlalu kerap untuk mengelakkan kek mendap.
  • Untuk rasa lebih "umph", simpan kek dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan.

Kenapa Kek Coklat Moist Ini Viral?

Resepi ini bukan sahaja mudah, tapi hasilnya sangat memuaskan. Tekstur kek yang lembut, rasa coklat yang kaya dan topping yang cair di mulut memang bikin ketagih. Tambahan pula, korang tak perlu keluar modal untuk beli mixer mahal!

Kesimpulan

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba buat kek coklat moist tanpa mixer ni hari ini. Jangan lupa kongsikan hasilnya di media sosial dan tag kengkawan korang yang suka baking. Selamat mencuba!