Baru-baru ini, sis berpeluang menemani “Pakcik” yang bertugas di Pulau Pinang. Tak mahu lepaskan peluang, sis dan si kecil, Dea Marissa, pun ikut serta! Destinasi pilihan kami untuk menginap? Berjaya Penang Hotel di George Town, lokasi yang strategik dan penuh dengan kemudahan.


Berjaya Penang Hotel


Berkampung 4 Hari, 3 Malam

Sampai saja di hotel selepas menempuh perjalanan kereta hampir 5 jam dari Shah Alam, akhirnya kami selamat tiba di hotel ini. Suasana hotel yang selesa dan moden. Proses check-in sangat lancar, staf pun ramah dan membantu. 

Kami menginap selama 4 hari 3 malam di Superior Room, yang cukup luas dan lengkap dengan kemudahan seperti Wi-Fi percuma, TV LED, bathtub serta minibar untuk kegunaan kami sepanjang menginap.

 

Berjaya Penang Hotel
Muka bahagia Dea Marissa 


Berjaya Penang Hotel

Superior Room

Superior Room



Superior Room – Keselesaan Maksimum

Bilik ini memang sesuai untuk berehat selepas seharian berjalan-jalan. Katil Queen-sized yang empuk, aircond yang sejuk nyaman dan pemandangan bandar George Town yang menarik - memang tak menyesal kalau korang pilih bilik ni!


Baca Juga:

Sedap Makan Kari Kepala Ikan di Restoran Pen Mutiara

Destinasi Percutian Tahun Baru Cina 2025



Superior Room

Superior Room

Superior Room


Ciri-Ciri Superior Room:

 1 katil bersaiz Queen / 2 katil bujang 1 bilik mandi dengan bathtub Sesuai untuk 2 orang dewasa Air conditioning untuk keselesaan sepanjang hari Akses Wi-Fi dalam bilik untuk kekal berhubung LED TV untuk hiburan anda IDD telephone & peti deposit keselamatan Pengering rambut untuk keperluan peribadi Minibar serta kemudahan membuat kopi dan teh

 

Hotel di George Town

Hotel di George Town
Jadilah... dapat sekali jer mandi kolam he he he 



Aktiviti di Hotel & Sekitarnya

Dea Marissa tak sabar nak mandi di kolam renang hotel! Tapi sayangnya, hujan kerap turun pada sebelah petang, jadi kami terpaksa batalkan rancangan. Apapun syukur juga,sempatlah sekali dia berasa mandi-mandi di kolam tersebut.

Nasib baik hotel ni dekat dengan banyak tarikan menarik. Kami sempat ke Gurney Drive, yang hanya 5 minit dari hotel untuk menikmati makanan jalanan yang terkenal di Pulau Pinang.

 

Kami juga singgah ke Gurney Plaza, syurga membeli-belah dengan pelbagai jenama terkenal. Tak lupa, George Town sendiri penuh dengan tempat bersejarah dan street art yang menarik untuk OOTD!



Berjaya Penang Hotel
lobby hotel serba tenang

 

Kenapa Berjaya Penang Hotel Pilihan Terbaik?

 

 Lokasi strategik – Dekat dengan pusat bandar, pusat beli-belah dan tempat makan terkenal. Harga berpatutan – Berbaloi dengan kemudahan dan layanan yang diberi. Kemudahan lengkap – Dari Wi-Fi percuma hingga restoran dengan hidangan lazat. Hospitaliti terbaik – Staf yang peramah dan servis yang cepat.



Hotel di George Town

Berjaya Penang Hotel
Panorama malam dari tingkat 22

Nak Ke Penang? Jom Stay di Sini!

Pengalaman menginap di Berjaya Penang Hotel tetap menyeronokkan! Kalau korang nak cari penginapan selesa dengan lokasi strategik di Pulau Pinang, hotel ni memang pilihan yang tepat.

 

📍 Berjaya Penang Hotel🌍

Lokasi: George Town, Pulau Pinang.