Bayangkan menikmati Nasi Lemak Bungkus Pattaya dengan aroma wangi nasi lemak yang dimasak sempurna, sambal pedas-pedas manis yang membangkitkan selera.Tak cukup dengan itu, kita boleh nikmati bersama Bandung Dynamite, minuman ikonik berwarna merah jambu dengan gabungan sirap bandung dan soda yang menyegarkan—gabungan yang pasti membuatkan kita ingin menikmatinya lagi!

Kini, pengalaman menikmati street food Malaysia bukan lagi sekadar di gerai tepi jalan—tetapi dalam suasana restoran moden yang lebih selesa dan eksklusif di The Makan Shoppe!


The Makan Shoppe


The Makan Shoppe - “From Street to Restaurant”


Terletak di lokasi strategik di Pusat Beli-Belah 168 Selayang, The Makan Shoppe membawa keunikan makanan tempatan ke tahap lebih tinggi dengan konsep “From Street to Restaurant”. Setiap hidangan di sini mengekalkan keaslian rasa makanan jalanan Malaysia, tetapi dengan penyediaan yang lebih kemas, bersih dan berkualiti.


Restoran ini bukan sekadar tempat makan, tetapi juga lokasi ideal untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan dekorasi unik, lukisan mural yang menarik untuk bergambar serta suasana yang nyaman, The Makan Shoppe memberikan pengalaman menjamu selera yang lebih istimewa.


Baca Juga:

Tips Rahsia Nasi Lemak Confirm Sedap

5 Nasi Goreng Mudah Dan Sedap


Antara menu wajib cuba termasuk:


Nasi Lemak Bungkus Pattaya


🍛 Nasi Lemak Bungkus Pattaya

 Kombinasi nasi lemak klasik menyempurnakan setiap suapan.






🍔 Burger premium dengan sos Umami 

Daging berkualiti tinggi dengan gabungan sos istimewa yang memberikan rasa unik dan memikat.





🥖 Roti Sarang Burung & Roti Janda

Roti dengan tekstur rangup dan perisa istimewa yang menjadi pilihan ramai.



The Makan Shoppe


🥤 Bandung Dynamite

Minuman ikonik yang menggabungkan rasa bandung klasik dengan sensasi soda yang menyegarkan.


Selain itu, terdapat pelbagai pilihan roti canai, menu sarapan tempatan serta hidangan lain yang menggamit nostalgia citarasa rakyat Malaysia.


Street Food Malaysia



Kenapa Perlu Singgah ke The Makan Shoppe?


✅ Restoran halal Malaysia dengan menu street food berkualiti tinggi

✅ Tempat makan sedap di KL dengan harga berpatutan

✅ Lokasi strategik & mesra keluarga – sesuai untuk makan santai atau lepak bersama rakan

✅ Dekorasi moden & Instagrammable – sesuai untuk OOTD dan sesi bergambar

✅ Bahan premium & penyediaan bersih – kualiti makanan lebih terjamin



Bagi korang yang mencari tempat makan menarik di Kuala Lumpur dengan konsep unik, The Makan Shoppe adalah destinasi yang wajib dicuba!


Dengan gabungan rasa autentik, kualiti makanan premium dan suasana yang selesa, The Makan Shoppe menjanjikan pengalaman makan yang berbeza daripada biasa. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama mencuba!


The Makan Shoppe


Malaysia Street Food and More! Come LAH!