Kalau ada satu produk skincare yang boleh buat sis tersenyum lebar, inilah dia — Dododots Powerpuff Girls!

Sebagai peminat Powerpuff Girls, bila dengar Dododots, jenama patch jerawat dari Malaysia, melancarkan koleksi edisi terhad bertemakan Blossom, Bubbles dan Buttercup, sis terus rasa nak grab semua!


Lebih menarik, koleksi ini dijual dalam bentuk blind pack — macam kad-kad trading zaman dulu. Bila buka pek, baru tahu karakter Powerpuff Girls mana yang kita dapat. Setiap bukaan pek, penuh dengan rasa surprise dan debaran!


Dododots Powerpuff Girls


4 Rekaan Eksklusif Powerpuff Girls yang Wajib Dimiliki


Setiap patch dalam koleksi Dododots Powerpuff Girls diilhamkan daripada watak-watak ikonik:

❤️ Awesome Blossom – Kombinasi merah dan merah jambu, khas untuk korang yang berani dan yakin macam Blossom.

💙 No Trouble Bubbles – Warna pastel biru dan kuning, menyerlahkan keperibadian ceria dan manis Bubbles.

💚 What’s Up, Buttercup? – Gabungan hijau limau dan hitam, ideal untuk korang yang berani dan edgy.

🌈 Sugar, Spice and Everything Nice – Pek kejutan berwarna-warni yang menghidupkan nostalgia zaman kanak-kanak.


Sis buka satu-satu blind pack ni, dan tak sangka rezeki — sis berjaya kumpul semuaaaa!Memang puas hati.


Baca Juga:


Cara Hilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari

Berkualiti dan Selamat untuk Kulit


Walaupun tampil dengan rekaan comel, patch jerawat Dododots ini bukan main-main. Diperbuat daripada hydrocolloid berkualiti tinggi dan diiktiraf dengan sijil keselamatan antarabangsa. Ia dikatakan mampu membantu mengurangkan kemerahan, menyerap minyak dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.


Ini menjadikan Dododots Powerpuff Girls bukan sahaja stylish, tetapi juga berkesan dan selamat digunakan. Perfect untuk korang yang nak rawat jerawat sambil tampil cute dan confident di media sosial atau depan rakan-rakan!



Di Mana Nak Dapatkan Dododots Powerpuff Girls?


Korang boleh dapatkan Dododots Powerpuff Girls bermula 25 Mac 2025 di:

📍 Website rasmi @dododots

📍 Platform e-dagang seperti Shopee

📍 Semua 600 cawangan @guardianmy di Semenanjung Malaysia dan di Singapura


Dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM18 sepek di Malaysia atau SGD9 di Singapura, koleksi ini memang cepat habis sebab stok adalah terhad. Jadi, kalau korang peminat tegar Powerpuff Girls atau nak tambah koleksi skincare comel, ini masanya!



Dododots Powerpuff Girls


Kenapa Kena Dapatkan Dododots Powerpuff Girls Sekarang?

  • Patch jerawat buatan Malaysia yang berkualiti dan berkesan
  • Rekaan eksklusif 4 watak ikonik Powerpuff Girls
  • Konsep blind pack yang penuh kejutan dan excitement
  • Sesuai untuk semua jenis kulit dan telah disahkan selamat
  • Boleh didapati dengan mudah di pelbagai platform

Jerawat? No stress. Dengan Dododots Powerpuff Girls, korang boleh tampil lebih yakin, bergaya, dan kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni!

Jangan tunggu lama — cepat grab sebelum habis stok!