Ramai yang nak kurus, tapi tak semua sanggup ikut diet ketat yang memenatkan dan susah nak konsisten. Sis ada berita baik, mulai hari ini korang tak perlu seksa diri lagi! Ada cara yang lebih mesra tubuh dan tetap berkesan tanpa berlapar atau mengira kalori pada setiap masa.
Berikut 7 cara kurus yang korang boleh mulakan pada hari ini juga tanparasa stres dan tanpa perlu potong semua makanan kegemaran korang!

1. Tukar Minuman Bergula kepada Air Kosong atau Teh Hijau
Kalori tersembunyi paling banyak datang dari minuman manis! Tukarkan kepada air kosong, air lemon atau teh hijau tanpa gula kerana ia boleh membantu membakar lemak secara semulajadi.
✅ Tips: Nak lebih mudah pantau pengambilan air? Guna botol air penanda masa di Shopee yang comel & bantu cukupkan 2 liter sehari!
2. Amalkan Pergerakan Ringan Setiap Hari
Tak perlu bersenam berat di gym — cukup dengan 30 minit berjalan, regangan, naik tangga atau senaman ringan di rumah.
✅ Cuba senaman dari YouTube atau gunakan mat senaman anti-slip di Shopee untuk lebih selesa.
3. Guna Pinggan Lebih Kecil
Kajian menunjukkan, pinggan kecil boleh membantu kita makan lebih sedikit secara semulajadi. Otak kita mudah tertipu dengan saiz visual!
✅ Nak cantik dan sihat? Cuba set pinggan sihat portion control ini – siap ada panduan makanan seimbang.
Baca Juga:
Diet Keto - Ketahui Kebaikan & Risikonya
Makanan Diet - Rahsia Kekal Langsing & Sihat
4. Tidur Cukup 7-8 Jam Sehari
Kurang tidur ganggu hormon lapar (ghrelin) dan buat anda craving makanan manis. Tidur cukup = kawal selera makan!
5. Amalkan "80/20 Rule"
80% makanan sihat, 20% untuk makanan kesukaan. Ini bantu korang kekal konsisten tanpa rasa bersalah.
✅ Contoh: 6 hari makan seimbang, 1 hari “cheat day” kecil-kecilan.
6. Rekod Makan & Berat Secara Konsisten
Bila kita tulis apa yang kita makan, secara automatik kita akan lebih berhati-hati. Gunakan app atau jurnal harian.
✅ Nak lebih interaktif? Gunakan penimbang digital badan + app Bluetooth untuk rekod automatik berat & lemak badan!
7. Fokus Gaya Hidup, Bukan Berat Semata
Kurus bukan hanya tentang angka di penimbang, tapi tentang rasa sihat, bertenaga dan yakin dengan diri sendiri. Ubah gaya hidup sedikit demi sedikit kerana hasilnya pasti tahan lebih lama!
Kurus Dengan Bijak, Bukan Dengan Menyeksa Diri
Jadi, ini bermakna kita tak perlu azabkan diri dengan diet ekstrem untuk kurus. Yang penting ialah konsisten dengan perubahan kecil yang boleh kekal sepanjang hayat. Makan dengan mindful, bergerak lebih aktif dan sayang diri sendiri kerana tu sudah memadai!
Nak bantu permulaan gaya hidup sihat korang? Jom lihat koleksi produk kesihatan dan senaman terbaik di Shopee!
0 Ulasan