Kalau korang tengah mencari port makan yang lain daripada yang lain di Shah Alam, Din Cendol D’Kebun wajib masuk dalam wishlist korang. Terletak di Kebun Komuniti Seksyen 7, Shah Alam, tempat makan ini menawarkan pengalaman makan yang unik dalam suasana kebun yang segar dan tenang.
Din Cendol D’Kebun, Seksyen 7 Shah Alam – Port Makan Sedap!
🍧 Menu Wajib Cuba di Din Cendol D’Kebun


- Cendol Power – Lemak, manis cukup rasa dan sangat menyegarkan!
- Laksa Padu – Kuah pekat dengan rasa yang mantap sesuai untuk peminat laksa utara.
- Mi Kari ‘Next Level’ – Pedas berlemak dan penuh isi, memang kena dengan selera rakyat Malaysia.
Semua menu ini dihidang panas-panas dan portion pun berbaloi dengan harga. Sesuai untuk makan tengah hari atau minum petang santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
🕒 Waktu Operasi Din Cendol D’Kebun
📍 Lokasi: Din Cendol D’Kebun, Kebun Komuniti Seksyen 7, Shah Alam
🕛 Dibuka: Setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam
🚫 Tutup: Setiap hari Isnin
Tips: Kalau datang hujung minggu, elok datang awal sebab tempat ni memang cepat penuh. Port hidden gem macam ni memang ramai peminat setia!

Kenapa Perlu Cuba Din Cendol D’Kebun?
✅ Suasana tenang dan sejuk mata memandang
✅ Pilihan makanan yang sedap & berbaloi
✅ Sesuai untuk keluarga, rakan-rakan atau solo foodie trip
✅ Instagrammable spot untuk content makan-makan!
Baca Juga:
Kari Kepala Ikan Sedap Sedap Di Penang
Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk
📸 Bonus! Rakam Momen Korang
Jangan lupa ambil gambar atau video tau dan share pengalaman korang makan-makan tu di media sosial. Banyak sudut menarik dan aesthetic yang boleh dijadikan kenangan.
Jangan Lupa Singgah!
Din Cendol D’Kebun bukan sekadar tempat makan. Malahan ia adalah destinasi untuk lari sekejap dari hiruk-pikuk kota dan nikmati makanan sedap dalam suasana tenang dan semulajadi. Sama ada korang penggemar cendol, laksa atau mi kari, tempat ini pasti tidak mengecewakan. Sis yang first time datang bersama buah hati pengarang jantung sis yang sorang nipun boleh tertawan!!
Jom ajak kawan atau family ke sini hujung minggu ni. Lepak, makan & enjoy the fresh ambience! 🍃
0 Ulasan