Bila ke Penang, apa agaknya aktiviti nombor satu yang korang tak pernah miss? Kalau sis, mestilah cari port sarapan atau tempat makan sedap! Negeri yang kaya dengan pelbagai pilihan makanan ni memang tak pernah mengecewakan!


Gabungan hidangan sarapan pagi tradisional Malaysia terdiri daripada mee kari, lontong dan satay yang dihidangkan di atas meja di Makan Pagi by Fizzy Cafe, Penang.

Port Sarapan di Makan Pagi 

Hari tu masa berkunjung ke Penang, sis sempat singgah ke satu port sarapan pagi yang tengah viral iaitu Makan Pagi by Fizzy Cafe. Sejujurnya, tempat ni memang padu!


Muka depan buku menu Makan Pagi by Fizzy Cafe yang menampilkan rekaan ringkas dengan nama kedai dan elemen visual sarapan pagi.


Hidangan lontong lengkap dengan kuah santan, sayur lodeh dan sambal di Makan Pagi by Fizzy Cafe, Penang
Lontong berlemak dan lembut, sarapan klasik Melayu di Makan Pagi Penang

Satay daging berempah dengan kuah kacang dan timun bawang, dihidangkan untuk sarapan di Makan Pagi Penang
Satay daging  dan ayam lembut bersama kuah kacang pekat – menu pagi di Makan Pagi Penang

 

Sarapan Pagi yang Buat Lupa Diet!

Untuk pagi tu, kita orang order tiga menu klasik yang memang jadi kegemaran ramai:

Mee Kari – kuah pekat, pedas lemak, penuh rasa rempah dan ada isi yang ‘meriah’
Lontong – lembut, kuah santan berlemak dan penuh kenikmatan rasa, sayur-sayurannya pun segar
Satay – daging lembut, cukup rempah, kuah kacang pekat dan padu

Paling best, semua menu ni datang dalam portion yang puas hati, harga pun berbaloi sangat untuk rasa yang premium. Makan sambil hirup udara pagi, memang nikmat dunia! 

Baca Juga:

Sarapan Pagi Di Warung Imam Muda

Sarapan Sihat Untuk Orang Malaysia


Flatlay sarapan pagi terdiri daripada mee kari, lontong dan satay dengan pencahayaan semula jadi di Makan Pagi Penang. 

📍 Cawangan & Waktu Operasi

Makan Pagi by Fizzy Cafe kini ada beberapa cawangan sekitar Penang yang mudah untuk korang singgah:

Georgetown
🕖 7.00 pagi – 2.00 petang & 6.00 petang – 2.00 pagi

Bayan Lepas
🕖 7.00 pagi – 1.00 petang

Permatang Pauh
🕖 7.00 pagi – 2.00 petang & 5.00 petang – 1.00 pagi

Setiap lokasi ada suasana yang selesa dan servis yang cepat. Untuk kat Georgetown yang kita orang pergi ni, staff pun friendly, tak stress walau ramai pelanggan. Lokasi lain tu sis tak pasti pulak bagaimana servisnya. Gitewwwww....


Gambar Dea Marissa bergambar di hadapan kedai Makan Pagi by Fizzy Cafe di Penang, memakai pakaian kasual dan tersenyum sambil menunjukkan papan tanda kedai.
Dea Marissa sempat bergambar kenangan di hadapan kedai Makan Pagi by Fizzy Cafe,
port sarapan pagi pilihan ramai di Penang.


Port Bergambar Pun Cantik!

Bagi korang yang suka buat content untuk Reels atau TikTok, suasana dalam kedai ni memang ‘Instagram-worthy’. Pencahayaan pagi sangat cantik kalau nak ambil gambar makanan atau video aesthetic.

Kalau korang jenis tak boleh tinggal sarapan dan tengah cari port makan pagi yang selesa dan banyak pilihan menu menarik, bolehlah singgah sendiri ke Makan Pagi by Fizzy Cafe.

Dari segi layanan, suasana kedai dan presentation makanan – memang sis puas hati.
Dari segi rasa, macam sis selalu cakap laaa....  lidah masing-masing lain, citarasapun berbeza. Apa yang sedap bagi sis, mungkin biasa je bagi orang lain dan sebaliknya.


Gambar dua wanita tersenyum gembira, iaitu sis dan Dea Marissa, sedang menikmati sarapan pagi bersama di Makan Pagi by Fizzy Cafe, Penang dengan hidangan mee kari, lontong dan satay di atas meja
Momen ceria sis bersama Dea Marissa menikmati sarapan pagi penuh selera
di Makan Pagi by Fizzy Cafe, Penang.

Tapi yang pasti, pengalaman makan di sini buatkan sis rasa nak repeat lagi. Jadi... nak tahu sedap ke tak?Kena cuba sendiri, okay!