Sebagai mak, kita ni selalu jadi orang pertama yang anak luahkan perasaan. Sama ada dalam bentuk cerita… atau dalam bentuk menenking manja! He..he.. hehe. Bila anak cepat marah, kadang-kadang kita pun terikut jugak naik angin. Tapi jauh di sudut hati, kita tahu mereka bukan sengaja pun.

Sebenarnya, kemarahan anak selalunya adalah cara mereka “bersuara” bila tak pandai nak luahkan perasaan sebenar. Jadi, kalau kita jerit balik atau rotan, masalah tu bukan selesai. Tapi, boleh jadi makin tegang. 


Anak remaja sedang merajuk selepas dimarahi mak


Apa Nak Buat Bila Anak Cepat Marah?

Sis kongsikan 5 cara lembut tapi berkesan untuk tenangkan anak masa mereka sedang marah.

1. Sebagai Mak, Kita Tenangkan Diri Dulu

Sebelum kita boleh tenangkan anak, maknya kena bertenang dulu. Anak kecil ni sangat mudah “serap” emosi kita. Bila kita marah, mereka makin melawan. Tapi bila kita tenang, mereka lebih cepat ikut perlahan.
👉 So, tarik nafas dalam-dalam. Kira sampai 5. Ingat… ini bukan tentang siapa menang, tapi bagaimana nak bantu anak kendalikan emosi mereka.


2. Peluk Dulu, Cakap Kemudian

Kadang-kadang anak cuma perlukan pelukan. Bila mereka mengamuk, pelukan boleh bagi signal “mak ada untuk kamu”. Lepas emosi reda sikit, barulah kita boleh bercakap dengan lebih berkesan.
👉 Contohnya, “Mak tahu adik marah. Tak apa, kita peluk dulu ya.”

3. Guna Nada Suara Lembut

Bila anak menjerit, mak jerit balik! Dahhhhh dua-dua jadi macam api bertemu api! Tapi bila kita sebagai mak-mak nie, guna nada lembut, anak akan perlahan-lahan ikut bertenang.
👉 Cuba cakap perlahan dan jelas: “Mak dengar apa adik cakap, boleh cerita pelan-pelan?”

4. Ajar Anak Kenal Emosi

Bila anak tahu apa yang mereka rasa, mereka akan lebih mudah kawal emosi. Cuba ajar anak kenal perasaan seperti “marah”, “sedih”, “penat” atau “tak puas hati”.
👉 Contohnya, “Adik marah sebab tak dapat main, kan? Tak apa, kita bincang sama-sama.”

5. Tunjuk Contoh, Bukan Hanya Suruh!

Anak belajar banyak melalui pemerhatian. Bila mak sendiri tunjuk cara kawal emosi, anak akan ikut. Kalau mak boleh tarik nafas dan bercakap perlahan bila marah, anak pun akan belajar lakukan hal sama.
👉 Jadilah role model yang tenang walaupun dalam situasi mencabar.


Baca Juga:
Kebaikan Bila Anak Suka Bermain Puzzle
Penyebab Utama Gigi Anak Rosak

Anak Marah, Bukan Anak Jahat!

Ingat yaa… bila anak cepat marah, itu bukan bermakna mereka anak yang degil atau nakal. Itu tanda mereka sedang belajar faham dan kawal emosi sendiri. Peranan kita sebagai mak, bukan untuk hukum, tapi membimbing!

Anak yang belajar daripaa mak yang tenang akan membesar jadi anak yang tahu mengurus emosi dengan lebih matang! Jadi, sama-sama kita belajar menjadi mak yang kuat, sabar dan lembut hatinya. Sebab…. di mata anak, kitalah tempat paling selamat untuk mereka pulang