Mak pun manusia, bukan robot!
Kadang bila semua tanggungjawab datang serentak...  kerja, anak, rumah — kita mula rasa tepu. Badan lesu, kepala penuh, hati pun senang terasa. Tapi sebab kita ni mak, kita tahan. Kita fikir, “nanti okaylah ni…” walaupun dalam diam, jiwa makin penat. Hakikatnya, mak pun perlu recharge !

Kalau telefon pun kena cas, kaum mak-mak nie lagilah kan.... sebab setiap hari tenaga emosi kita banyak “diguna” untuk orang lain. Tapi berita baiknya, nak recharge bukan bermakna kena pergi bercuti jauh atau spa mahal. Ada banyak cara simple tapi berkesan untuk mak tenangkan diri dari rumah saja. 


Seorang mak sedang minum kopi sambil menikmati masa tenang di rumah


Cara Terbaik Untuk Mak Recharge !

1. Ambil 10 minit untuk ‘me-time’ betul-betul

Bila anak tidur atau tengah leka main, jangan terus buat kerja rumah. Duduk sekejap, tarik nafas panjang. Ambil masa tu untuk diam, minum air, atau dengar lagu yang tenang. Kadang 10 minit tu pun dah cukup buat kita rasa “lega” semula.

Tip: Cuba teknik pernafasan 4-7-8 ....  tarik nafas 4 saat, tahan 7 saat, hembus 8 saat. Ia bantu stabilkan emosi bila hati serabut.

2. Nikmati sesuatu yang mak suka tanpa rasa bersalah

Minum kopi panas sambil duduk luar rumah. Scroll TikTok mak-mak lain. Tengok drama sekejap.
Apa pun yang buat mak rasa hidup — just do it! Kadang kita lupa yang kebahagiaan kecil pun penting untuk reset tenaga dalam diri.


Baca Juga:

Bila Mak Penat Emosi - Apa Perlu Buat?

Influenza Makin Merebak! Ketahui Cara Pencegahan Mudah

3. Buat aktiviti yang tenang... macam siram pokok, masak atau kemas sikit-sikit

Bunyinya macam kerja juga, tapi bila kita buat perlahan-lahan tanpa tekanan ia jadi terapi senyap. Bau tanah, bunyi air atau dengar senduk berlaga dalam kuali ...  semua tu boleh bantu minda jadi lebih tenang.
“Healing” tak semestinya pergi pantai. Kadang, siram pokok tepi rumah pun dah cukup! 

4. Tulis apa yang mak rasa

Ambil buku nota atau telefon, tulis saja apa yang terlintas. Tak perlu ayat cantik pun.
Kadang bila kita tulis — marah, sedih atau letih tu keluar sedikit demi sedikit. Bila kita baca semula, baru nampak yang banyak benda sebenarnya kita dah kuat laluinya.

5. Keluar ambil udara pagi

Kalau boleh, keluar rumah sekejap waktu pagi. Tak perlu jogging pun... jalan keliling taman 10 minit pun cukup. Cahaya matahari pagi bantu tingkatkan hormon serotonin yang buat kita rasa tenang dan gembira. Badan segar, hati pun lebih ringan.

6. Luah pada seseorang yang faham

Kadang mak cuma perlukan telinga yang sudi dengar. Bukan untuk minta simpati, tapi untuk rasa difahami. Boleh cerita pada kawan rapat, pasangan, atau tulis mesej pada sahabat mak-mak yang selalu faham “bahasa letih” kita. Percayalah, bila kita luah, separuh beban tu dah pun terangkat.

Mak recharge bukan bermaksud mak lemah

Mak yang ambil masa untuk diri sendiri ialah mak yang tahu nilai keseimbangan.
Kena paham sikit... bila mak tenang, barulah rumah jadi damai. Bila mak jaga emosi sendiri, anak pun belajar erti sabar dan kasih sayang yang sebenar. Gitewwwww....

Kadang, self-care bukan tentang manjakan diri tapi tentang sayang diri supaya kita boleh terus sayang orang lain dengan sepenuh hati!