Kalau sis peminat masakan Padang yang penuh rempah, pedas padu dan hidangan “hidang style” penuh satu meja — Padang On Wheels di Seksyen 13, Shah Alam memang kena masuk dalam list tempat makan wajib cuba!

Restoran ini bermula sebagai food truck dan kini berkembang maju dengan cawangan di Shah Alam & Subang Bestari. Suasana moden, bersih, beraircond cukup selesa nak makan dengan family atau geng pejabat.


Masakan Padang dihidang penuh atas meja mengikut tradisi makanan Minang di Padang On Wheels


Kenapa Wajib Cuba Padang On Wheels Shah Alam?

✔️ Masakan Padang original dari sambal hingga kuah gulai
✔️ Hidang style — lauk penuh meja, pilihan banyak!
✔️ Ruang luas & berhawa dingin (boleh muat 150 pax)
✔️ Parking mudah, tak stress
✔️ Harga berpatutan & sesuai untuk makan harian juga


If you love crispy fish… you MUST try this Gurame 😍🔥 Only RM75!


Menu Best Seller — Gurame Goreng (RM75)

Kalau datang sini, ini wajib order!
Gurame fresh digoreng bila order — rangup di luar, juicy di dalam.😍

Siap dapat 3 sambal legend Padang:
  • Sambal Hijau
  • Sambal Merah
  • Sambal Berlado
✅ Sesuai makan share 3–4 orang
✅ Hidangan paling viral pelanggan cari.
Memang padu sampai licin pinggan!

Baca Juga:


Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk




Lauk-Pauk Padang Hidang Style – Berderet Tak Tahu Nak Pilih!

Semua lauk keluar serentak atas meja.... baru betul feel makan kat Padang.

Antara menu paling padu:
  • Gulai Tunjang / Gulai Urat (RM11.50)
  • Daging Dendeng Rangup (RM13.90)
  • Daging Balado (versi lembut)
  • Rendang Daging (RM13.90)

Sotong Berlado pedas gaya masakan Padang di Padang On Wheels Shah Alam
  • Sotong Berlado (RM10.90)
  • Lala Masam Manis (RM7.90)
  • Gulai Pucuk Paku (RM6.50)
  • Kobis Tumis (RM4.50)
  • Nasi Putih (RM2.50)
👉 Semua sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia — pedas terangkat, rempah kaw!


Alpukat Coffee dan Sirau Danau Toba minuman signature di Padang On Wheels Seksyen 13

Minuman Wajib Try – Original Vibe Indonesia

Bukan makanan sahaja yang authentic, minuman pun signature Indo!

Avocado Coffee (Air Alpukat Coffee) — creamy, kaw & sedap!

Sirap Danau Toba — sejuk, manis, floral & refreshing!

Suasana Moden Kontemporari – Best untuk Family Gathering

Suasana restoran Padang On Wheels Seksyen 13 Shah Alam yang selesa dan berhawa dingin


Restoran Padang On Wheels Seksyen 13 Shah Alam moden & selesa

Interior segar, banyak elemen hijau — sangat selesa untuk:

✅ Makan tengah hari 
✅ Dinner 
✅ Majlis kecil
✅ Gathering geng pejabat


Memang cantik kalau nak shoot content juga!
📍 Lokasi & Waktu Operasi Padang On Wheels Shah Alam

Alamat:
Padang On Wheels
Seksyen 13, Shah Alam

Waktu Operasi:  7.30 AM – 7.00 PM

 Tutup: setiap Isnin



Aneka lauk masakan Padang dihidang dalam talam besar di Padang On Wheels Seksyen 13

Siapa Patut Datang?

✅ Peminat masakan pedas & berempah
✅ Food hunter yang suka pengalaman makan unik
✅ Family & group besar
✅ Mereka yang craving masakan Padang original!


Kalau nak cari port masakan Padang paling best di Shah Alam... Padang On Wheels memang pilihan tepat! Lauk sedap, sambal padu, harga ok, tempat selesa memang repeatable!

Apa tunggu lagi... jom pergi!  Cepat rag geng makan & plan trip sekarang!