Kalau tengah mencari port sarapan pagi sedap di Shah Alam, memang tak sah kalau tak singgah ke Restoran Mawaddah yang terletak di Seksyen 4. Ini kali ketiga sis datang dan setiap kali datang, memang puas hati! 

Pemandangan hadapan Restoran Mawaddah Seksyen 4 Shah Alam pada waktu pagi
Suasana depan Restoran Mawaddah... port sarapan pagi kegemaran ramai


Menu Menarik Di Restoran Mawaddah

Semangkuk Wantan Mee Kicap dengan hirisan ayam, sayur dan cili jeruk di Restoran Mawaddah Seksyen 4 Shah Alam
Wantan Mee Kicap padu! Cili jeruk dia tu lain macam sedap

Antara menu wajib cuba kat sini:

Wantan Mee Kicap dan Wantan Mee Sup, rasa mee lembut, kicap padu, ditambah cili hijau jeruk yang buat ramai orang datang semula. Supnya pun memang ngam bila dinikmati panas-panas!

mangkuk soto kaki ayam panas dengan bihun dan taburan daun sup di Restoran Mawaddah Seksyen 4 Shah Alam
Soto kaki ayam panas-panas… kuah dia berdesup, hirup sampai licin mangkuk


Selain wantan mee, restoran ini juga ada:

  • Mee Kari pekat & berperisa
  • Mee Wantan kicap atau sup
  • Roti Canai panas
  • Nasi Lemak 
  • Kuih-muih tradisional
  • Kuew Teow Goreng , Mee Goreng dan banyak lagi!

Hidangan paru goreng garing cukup enak di Restoran Mawaddah Seksyen 4 Shah Alam
Paru goreng berempah garing rangup… menu wajib singgah sini!
 
Tip : Jangan lupa ambil paru goreng garing dan sambal kentang rangup, kombinasi sarapan yang memang padu!

Pelbagai lauk pauk seperti ayam goreng, sambal, sayur dan hidangan kampung di Restoran Mawaddah Seksyen 4 Shah Alam
Ayam goreng rangup panas-panas... baunya pun dah buat perut lapar 


Baca Juga:

Resepi Sup Gear Box Berkolagen

Lokasi & Akses Mudah

Restoran Mawaddah terletak di Seksyen 4, Shah Alam. Kawasan sekitarnya mudah diakses dan ada ruang parking yang agak luas. Jadi tak perlu risau kalau datang bawa keluarga atau dengan kereta sendiri.

Suasana restoran sangat santai, sesuai untuk lepak pagi bersama keluarga, kawan atau rakan kerja. Harga pun berpatutan, sesuai untuk sesi sarapan yang mengenyangkan tanpa ‘koyak’ poket.


Hidangan roti canai garing dengan kuah dhal, kari dan sambal panas di Restoran Mawaddah Seksyen 4 Shah Alam
Roti canai lembut & garing, cicah kari atau darl panas... simple tapi puas hati!


Waktu Terbaik untuk Datang

Waktu paling sesuai untuk datang ialah antara 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Masa ni semua menu sarapan masih panas-panas dan segar dari dapur. Kalau datang lewat sikit, jangan terkejut kalau meja penuh sebab memang ramai pelanggan tetap.


Alamat & Waktu Operasi

Alamat: Restoran Mawaddah, Jalan Suku 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor (waze aje tau!)

Waktu operasi: Buka setiap hari, tutup jam 3:00 petang

Kalau anda peminat Wantan Mee, Mee Kari atau sekadar nak cari port sarapan best di Shah Alam, Restoran Mawaddah memang lokasi wajib singgah!