Mak mana yang tak sibuk, kan? Dari celik mata sampai malam, ada saja kerja tak habis. Urus anak, masak, lipat baju, kemas rumah, kadang sampai lupa nak urus diri sendiri!
Gerakkan tangan, pusing bahu, lenturkan pinggang kiri dan kanan. Regangan ni penting supaya otot tak terkejut dan aliran darah lancar.
Tip: Buat sambil dengar lagu kegemaran — mood terus naik, tak terasa penat!
Senaman ni bantu tingkatkan kadar denyutan jantung dan bakar kalori dengan cepat.
Bonus: Kalau ada anak kecik, ajak dia ikut sama. Dan boleh terus jadi aktiviti bonding keluarga!
So, jangan liat nak bersenam tu jom mulakan hari ini. Tak perlu tunggu masa lapang, sebab diri sendiri pun berhak dapat perhatian!
Tapi tahu tak yang senaman 10 minit dalam rumah pun dah cukup untuk bantu kita kekal sihat, bertenaga dan tak mudah lesu?Jangan risau kalau tak sempat ke gym atau keluar jogging. Ada cara mudah nak bergerak dan bakar kalori walaupun cuma dalam ruang tamu rumah sendiri!
Mulakan dengan Regangan (2 minit)
Sebelum mula, pastikan mak regangkan badan dulu ya.Gerakkan tangan, pusing bahu, lenturkan pinggang kiri dan kanan. Regangan ni penting supaya otot tak terkejut dan aliran darah lancar.
Tip: Buat sambil dengar lagu kegemaran — mood terus naik, tak terasa penat!
Marching di Tempat (2 minit)
Tak perlu ruang besar pun. Berdiri tegak dan jalan setempat macam berbaris. Angkat lutut tinggi sedikit, hayun tangan.Senaman ni bantu tingkatkan kadar denyutan jantung dan bakar kalori dengan cepat.
Bonus: Kalau ada anak kecik, ajak dia ikut sama. Dan boleh terus jadi aktiviti bonding keluarga!
Baca Juga: Kebaikan Bersenam Untuk Golongan Berusia
Naik turun perlahan-lahan selama 2 minit. Kalau tak ada, boleh guna kotak kukuh atau step board.
Senaman ni bantu kuatkan otot kaki dan punggung, hahaaa... memang sesuai untuk kita yang selalu duduk lama masa buat kerja rumah.
Berdiri tegak, turunkan badan seperti nak duduk di kerusi, pastikan lutut tak melepasi jari kaki. Ulang 10 –15 kali.
Tip mak-mak: Kalau nak lebih mencabar, pegang botol air sebagai pemberat.Ahhh gitewww...
Letakkan tangan di dada, rasa degupan jantung. Tu tanda badan kita dah bekerja keras.
Luangkan masa sekejap untuk bersyukur… sebab masih diberi tenaga untuk jaga diri sendiri dan keluarga
Step Up atau Naik Turun Anak Tangga (2 minit)
Kalau rumah ada tangga, boleh gunakan tangga tu.Naik turun perlahan-lahan selama 2 minit. Kalau tak ada, boleh guna kotak kukuh atau step board.
Senaman ni bantu kuatkan otot kaki dan punggung, hahaaa... memang sesuai untuk kita yang selalu duduk lama masa buat kerja rumah.
Squat Ringan (2 minit)
Squat ni bukan sekadar untuk bentuk badan tapi juga bantu kuatkan lutut dan pinggul.Berdiri tegak, turunkan badan seperti nak duduk di kerusi, pastikan lutut tak melepasi jari kaki. Ulang 10 –15 kali.
Tip mak-mak: Kalau nak lebih mencabar, pegang botol air sebagai pemberat.Ahhh gitewww...
Cool Down & Tarik Nafas Dalam (2 minit)
Akhiri dengan regangan ringan. Tarik nafas dalam, lepaskan perlahan-lahan.Letakkan tangan di dada, rasa degupan jantung. Tu tanda badan kita dah bekerja keras.
Luangkan masa sekejap untuk bersyukur… sebab masih diberi tenaga untuk jaga diri sendiri dan keluarga
Baca Juga: Senaman Ringan Kempiskan Perut
Kenapa Mak-Mak Perlu Cuba Senaman 10 Minit Dalam Rumah
- Badan lebih bertenaga walaupun jadual padat
- Kurang stress dan tidur lebih lena
- Bakar kalori & kuatkan otot tanpa perlu keluar rumah
- Anak-anak pun boleh ikut sama... jadikan rutin sihat sekeluarga
Kadang kita rasa, “Alaa, 10 minit je mana sempat nak berpeluh.” Tapi percayalah, 10 minit yang konsisten lebih baik daripada sejam yang cuma “niat”. Kaaan......
Sayangi Diri Sendiri
Senaman 10 minit dalam rumah untuk mak-mak sibuk macam kita nie... bukan sekadar tentang nak jaga bentuk badan tapi tentang sayang diri sendiri. Bila kita sihat, kita mak-mak ni akan jadi lebih ceria. Bila mak-mak bahagia, suasana di rumah pun penuh dengan tenaga positif. Lagi baguslah kaaaan...So, jangan liat nak bersenam tu jom mulakan hari ini. Tak perlu tunggu masa lapang, sebab diri sendiri pun berhak dapat perhatian!
0 Ulasan