Bila Badan Letih, Tapi Jiwa Pun Ikut Penat! Kadang kita mak-mak nie rasa pelik, tidur cukup, makan pun okay, tapi bila bangun pagi, rasa kosong. Rasa berat nak mulakan hari. Nak senyum pun rasa susah, tapi kalau nak marah tu jadi senang pulak. Semua benda kecil jadi besar!

Haaa... kalau pernah rasa begini, kita mungkin termasuk dalam kategori mak yang sedang alami burnout - keletihan fizikal, mental dan emosi yang terlalu lama tertahan! 


Mak yang sedang memasak kelihatan letih di dapur


Burnout Bukan Sekadar Penat!


Tapi sebab kita ni mak, kita teruskan juga. Kita fikir, “biasalah, mak mana tak penat.”

Hakikatnya, burnout bukan sekadar penat ya!  Ia tanda badan dan minda dah bagi amaran — “tolong berhenti sekejap.”

1. Mak cepat marah dan mudah tersentuh


Dulu kita ni mak yang penyabar, tapi sekarang anak tumpahkan air pun boleh rasa nak meletup. Lepas tu, bila dah marah, rasa bersalah pula.

Sebenarnya, ini bukan sebab kita yang  dah berubah — tapi sebab mak dah terlalu penat!

Bila emosi terlalu lama ditekan, tenaga emosi makin habis. Kita bukan mak yang bukan jahat, tapi mak yang cuma perlukan rehat!

2. Badan penat walaupun dah rehat

Walaupun dah tidur lama, badan tetap rasa berat. Sendi lenguh, kepala pening, semangat nak buat apa pun hilang. Ini antara tanda klasik burnout - badan dah “malas respon” sebab stres terlalu lama.

Cuba dengar apa badan kita cuba sampaikan. Kadang dia minta mak berhenti sekejap, bukan terus paksa diri.

3. Hilang minat dengan benda yang dulu buat mak gembira

Dulu suka masak, suka berkebun, suka tengok drama-drama Korea kee...  tapi sekarang semua nampak “tak ada mood”.

Ini tanda emotional numbness — bila kita  dah jadi mak yang terlalu letih sampai emosi positif pun tak terasa dah!

4. Rasa diri tak cukup baik


“Kenapa aku tak pandai urus anak?”

“Kenapa orang lain boleh, aku tak boleh?”


Monolog ni selalu muncul bila burnout datang.

Kita mula rasa kita mak yang gagal, walaupun realitinya sebagai mak... kita dah buat lebih dari cukup.

Burnout  nie buat kita hilang perspektif — tapi sebagai seorang mak... kita kena tahu, letih tak bermakna lemah ok!

5. Terlalu kuat sampai lupa minta tolong


Ramai mak-mak yang terlalu biasa jadi “orang kuat”.

Kita buat semua sendiri — dari anak bangun tidur sampai semua orang lena semula. Tapi lama-lama,  kita  lupa satu perkara penting iaitu kuat pun perlu rehat! Tak salah minta tolong. Tak salah rehat. Tak salah menangis! 


Baca Juga:

Bila Mak Penat Emosi - Apa Patut Buat?




Apa Yang Mak Patut Buat Bila Rasa Burnout?

1. Kenal pasti dan terima perasaan tu


Langkah pertama bukan terus cari solusi — tapi sebagai seorang mak, kita kena  akui dulu yang kita memang mak yang penat!

Kadang kita sibuk menafikan sampai lupa nak rawat. Bila kita sedar emosi sendiri, barulah kita  boleh mula sembuh perlahan-lahan.

2. Rehat sekejap... bukan menyerah, tapi pulihkan tenaga


Bila rasa “kosong”, ambil masa untuk diri sendiri. Tutup sekejap kerja rumah. Tidur 15 minit. Minum air suam. Tengok langit... Tarik nafas perlahan-lahan...  lepaskan... kita  akan rasa hidup kembali! 


3. Luahkan, jangan simpan


Kalau kita ada kawan baik atau pasangan yang boleh dengar...  cerita! Kadang kita cuma perlukan telinga yang faham, bukan nasihat. Dan kalau rasa burnout makin teruk, jangan takut cari bantuan profesional. Kaunselor dan psikolog ada untuk bantu, bukan untuk menilai!

4. Buat aktiviti yang isi semula jiwa


Masak kuih, siram pokok, solat dengan tenang, dengar lagu lama - benda kecil pun boleh jadi “ubat lembut” untuk jiwa kita. Asalkan kita buat dengan ikhlas dan tanpa tekanan.

Mak Burnout Bukan Mak Lemah

Mak yang penat bukan mak yang gagal.

Mak yang menangis bukan mak yang kalah.

Kadang kita cuma lupa bahawa mak pun manusia — ada batas, ada hati yang juga perlu dijaga.

Jadi, mak-mak... bila rasa semua terlalu berat, berhenti sekejap. Tarik nafas. Jangan tunggu 'jatuh' baru kita nak rehat. Kerana keluarga perlukan mak yang bukan sempurna, tapi yang tenang dan bahagia!