Sebagai mak-mak, kita ni memang kuat. Dari subuh sampai malam, sibuk urus anak, suami, kerja, rumah… semua kita buat. Tapi dalam diam, ramai tak sedar itu sebenarnya tanda tubuh penat yang kita selalu abaikan.
Bangun pagi rasa lesu, cepat marah bila anak buat silap kecil atau sakit kepala berulang. Semua tu bukan sekadar “alah biasalah penat mak-mak.” Hakikatnya, tubuh kita sedang bagi signal yang perlu diberi
Bangun pagi rasa lesu, cepat marah bila anak buat silap kecil atau sakit kepala berulang. Semua tu bukan sekadar “alah biasalah penat mak-mak.” Hakikatnya, tubuh kita sedang bagi signal yang perlu diberi
perhatian.
Dalam artikel ni, sis akan kongsikan 7 tanda tubuh penat yang mak-mak selalu tak perasan, beserta sedikit renungan kenapa penting untuk kita jaga diri walaupun sibuk demi keluarga tersayang.
Ingat, jaga diri bukan bermaksud pentingkan diri. Sebaliknya, jaga diri adalah tanda kita sayang keluarga. Bila mak sihat dan bertenaga, rumah tangga pun lebih bahagia! 💛
7 Tanda Tubuh Penat
Dalam artikel ni, sis akan kongsikan 7 tanda tubuh penat yang mak-mak selalu tak perasan, beserta sedikit renungan kenapa penting untuk kita jaga diri walaupun sibuk demi keluarga tersayang.
1. Susah Nak Fokus & Asyik Lupa
Letak kunci kereta, tapi lepas tu sibuk cari satu rumah. Tengah masak pun boleh lupa letak garam. Ini bukan sebab cuai semata, tapi tanda minda kita dah terlalu letih. Bila otak kurang rehat, fokus mudah hilang.
2. Bangun Tidur Pun Masih Lesu
Walaupun tidur awal, tapi bila bangun pagi rasa macam baru berjaga semalaman. Ini tanda kualiti tidur tak baik kerana tubuh tak sempat recover sepenuhnya.3. Emosi Mudah Terganggu
Anak lambat siap sekolah, terus naik suara. Suami tegur sikit pun kita rasa tersinggung. Ini tanda hormon stres meningkat, salah satu tanda tubuh penat yang jelas tapi selalu kita anggap normal.Baca Juga: Cara Hilangkan Lenguh Badan
4. Sakit Kepala Berulang
Sakit kepala tanpa sebab jelas boleh berpunca dari kepenatan melampau. Kadang kita salahkan kopi tak minum, padahal badan sedang beri signal perlukan rehat.5. Cepat Demam & Selsema
Bila sistem imun lemah, badan mudah jatuh sakit. Itu sebab bila mak-mak terlalu penat, kena hujan sikit pun dah mula demam atau selsema.6. Lenguh Badan Tanpa Sebab Jelas
Bahagian pinggang, bahu atau tengkuk selalu rasa lenguh walaupun tak angkat barang berat. Ini tanda otot dan saraf bekerja terlalu keras akibat keletihan berpanjangan.7. Hilang Rasa Seronok Buat Aktiviti Harian
Dulu suka masak, berkebun atau main dengan anak. Tapi bila penat melampau, semua jadi hambar. Ini antara tanda awal burnout yang ramai mak-mak tak sedar.Baca Juga: Natural Clenx Tea - Rahsia Detoxs Semulajadi
Mak Juga Perlu Dijaga
Okay, jangan anggap tanda tubuh penat ni perkara kecil. Bila kita ni selaku mak, jatuh sakit... seluruh keluarga akan terkesan. Jadi jangan malu untuk berehat, minta bantuan atau luangkan masa untuk diri sendiri.Ingat, jaga diri bukan bermaksud pentingkan diri. Sebaliknya, jaga diri adalah tanda kita sayang keluarga. Bila mak sihat dan bertenaga, rumah tangga pun lebih bahagia! 💛

0 Ulasan