Kalau korang tengah cari tempat makan best di Perlis, ini antara spot yang korang wajib singgah! Warung Teratak Bonda terletak di Arau, betul-betul bersebelahan sawah padi. Vibe kampung yang mendamaikan memang buat ramai pengunjung jatuh cinta. Bayangkan makan sambil angin sawah sepoi-sepoi bahasa… memang syok!


Semua menu sarapan kampung di Warung Teratak Bonda termasuk Pulut Ayam Berempah, Roti Puri Ikan Temenung, Peknga Pisang dan Ubi Kayu Rebus Nyoq



Menu Popular di Warung Teratak Bonda



Pelbagai hidangan tradisional Warung Teratak Bonda bersama Teh O Suam dan Kopi Tarik di atas meja makan kampung Perlis


Antara menu yang kami cuba:



Pulut Ayam Berempah sedap di Warung Teratak Bonda Arau Perlis


✅ Pulut Ayam Berempah – ayam lembut & berempah, pulut pun lemak berkrim sedap!
✅ Roti Puri Ikan Temenung – ikan temenung fresh, kuah padu!
✅ Peknga Pisang & Peknga Biasa – cicah sambal sardin, memang ngam!
✅ Ubi Kayu Rebus + Nyoq (kelapa parut + sedikit garam)
✅ Teh O Suam & Kopi Tarik – lengkap sebagai sarapan kampung 😍

Semua menu di sini bukan saja sedap, tapi harga pun sangat mesra poket!




Pemandangan sawah padi di Warung Teratak Bonda Arau Perlis dengan suasana kampung yang tenang



Kenapa Perlu Singgah?

✔ Makanan kampung yang original & fresh
✔ Harga mampu milik untuk semua
✔ View sawah bendang yang menenangkan
✔ Sesuai untuk breakfast / brunch
✔ Port singgah wajib kalau jelajah Arau & Kangar

Ramai juga pelancong yang datang ke sini sebab suasana uniknya.




Buku menu Warung Teratak Bonda Arau dengan pilihan sarapan tradisi Perlis seperti Pulut Ayam Berempah dan Peknga


Waktu Operasi Warung Teratak Bonda Arau

📌 Buka setiap hari kecuali Jumaat
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari sahaja

Datang awal ya, sebab menu cepat habis especially hujung minggu!


Baca Juga:


Ana Ikan Bakar Petai Kuantan - Seafood Segar & Sambal Petai Legand


Makanan Diet - Rahsia Kekal Langsing




Tempat makan best di Perlis, Sarapan di Arau, Roti Puri Ikan Temenung, Pulut Ayam Berempah Perlis, Peknga Pisang Perlis


Lokasi Warung Teratak Bonda Perlis

Lokasi masuk sikit dari jalan utama, tapi confirm berbaloi apabila sampai!
Search je di Google Maps/ Waze: Warung Teratak Bonda Arau


Kalau korang berada di Arau, Perlis dan nak cari sarapan sedap, Warung Teratak Bonda memang pilihan terbaik. Makanan sedap + harga berbaloi + view kantoi lawa — semua lengkap dalam satu warung!


So, jangan lupa masukkan dalam itinerary! Boleh jadi warung kegemaran baharu korang!