Hai semua! Sis nak share satu port makan feveret sis tiap kali datang ke Plaza Shah Alam (atau Plaza Masalam). Nama dia Paklong Kopitiam - tempat makan halal, sedap dan cozy yang dah lebih 10 tahun jadi kegemaran sis dan keluarga.


Hainanese Fried Rice, Mee Kari dan Sizzling Noodles popular di Paklong Kopitiam Plaza Shah Alam

Port Makan Sedap & Halal di Shah Alam

Kalau tengah tercari-cari lunch yang sedap, bosan makan menu sama setiap hari atau nak cuba western food yang berbaloi, Paklong Kopitiam memang wajib singgah!


Kenapa Sis Suka Paklong Kopitiam?


✔ Halal & terjamin, boleh makan tanpa was-was

✔ Portion besar, harga berbaloi sangat

✔ Suasana cozy, sesuai untuk family dan kawan-kawan

✔ Banyak gila pilihan menu!

✔ Konsisten sedap dari dulu sampai sekarang 😍


Hainanese Fried Rice dengan cili potong – menu kegemaran pelanggan di Paklong Kopitiam Shah Alam


Sampai sekarang pun sis tetap tidak boleh move on dari menu kegemaran sis — Hainanese Seafood Fried Rice + cili potong + Chinese Tea. Confirm puas hati!


Suasana cozy di Paklong Kopitiam Plaza Shah Alam dengan pelanggan menikmati makanan


Baca Juga:

Padang On Wheels Shah Alam - Masakan Padang Asli

5 Nasi Goreng Mudah & Sedap!

Lokasi & Suasana Kedai

📍 Lot LB-1A, Lower Ground – Plaza Shah Alam

Konsep dia kopitiam moden tapi masih ada vibe tradisional yang buat kita rasa selesa. Staff pun friendly, service cepat dan keluarga pun selesa makan di sini walaupun waktu lunch.


Pilihan makanan local dan western di Paklong Kopitiam Shah Alam


Menu Best Seller di Paklong Kopitiam


Berbaloi kalau nak datang dengan family sebab pilihan menu sangat banyak:

🍜 Mee Kari Ayam/Seafood — kuah pekat, rempah cukup

🍲 Claypot Chicken Rice — panas-panas dari dapur

🍛 Hainanese Seafood Fried Rice — the best untuk sis!

🍝 Sizzling Noodles (Chicken/Beef/Seafood) — meletup rasa!

🥩 Steak & Western Menu — portion besar untuk yang lapar sangat

🥟 BBQ Chicken Mini Pau — snack sedap sambil tunggu makanan


Minuman pun best: Chinese Tea, kopi tarik, jus segar & banyak lagi!

Kalau malas keluar, GrabFood & FoodPanda pun ada, order je delivery.


Pelbagai menu halal sedap di Paklong Kopitiam Plaza Shah Alam

Tips Dari Sis Kalau Nak Datang

  • Datang awal sikit sebelum peak hour
  • Kalau tak tahu nak order apa — cuba combo sis:
➡ Hainanese Fried Rice + Kuey Teow Wok Fried Beef + Chinese Tea
  •  Ada juga aircond, sesuai untuk makan sambil rehat lepas shopping

BBQ Chicken Mini Pau dihidangkan bersama Chinese Tea Pot di Paklong Kopitiam Shah Alam

Sis Recommend Sebab…

  • Halal & selamat untuk seisi keluarga
  • Rasa konsisten sejak dulu
  • Menu pelbagai — local & western semua ada
  • Cozy & santai, tempat lepak selepas shopping
Tak hairanlah ramai pelanggan tetap sama macam sis. Dah berpuluh kali datang, tapi menu tetap maintain sedap!

Jom Serbu Paklong Kopitiam!


Kalau tengah fikir “nak makan apa hari ni?”,

Jawapannya: Paklong Kopitiam!

→ Breakfast ✅

→ Lunch ✅

→ Dinner ✅

→ Tapau / Delivery ✅

📍 Paklong Kopitiam

Lot LB-1A, Lower Ground

Plaza Shah Alam (Plaza Masalam)