Kalau korang tengah mencari tempat sarapan pagi yang best di Shah Alam, Restoran Azira memang wajib singgah! Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan Melayu yang menyelerakan, suasana mesra keluarga dan harga yang masih berpatutan walaupun pengunjung sentiasa ramai dari pagi sampai ke petang.


Lontong sedap dengan paru, sambal sotong dan bergedil sebagai sarapan pagi di Restoran Azira Shah Alam



Restoran Azira terletak di kawasan perumahan Seksyen 10. Memang parking agak terhad, jadi kalau datang waktu puncak, kenalah pusing-pusing sikit untuk cari parking.  Tak pun hantar wakil “chop” tempat makan dulu. Hahhaa..hahha...

Walaupun ruang makan luas, keadaan sering sesak sebab restoran ini memang sentiasa jadi tumpuan.Ada yang makan di situ, ada yang tapau.

Sis dan famili sendiri lebih 10 tahun menjadi pelanggan setia! Ini bukti konsisten sedap dan masih mendapat tempat di hati peminat sarapan di Shah Alam.


Pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu seperti kuih lapis, onde-onde, karipap dan seri muka untuk sarapan pagi di Restoran Azira Shah Alam.

Pilihan Menu Sarapan yang Rambang Mata


Masuk sahaja ke restoran, korang akan nampak barisan kuih-muih berwarna-warni dan pelbagai jenis juadah yang buat kita nak semuaaa!

Antara pilihan yang ada:

empeng kelapa lembut dan harum untuk sarapan pagi di Restoran Azira Shah Alam.


  • Lempeng kelapa
  • Roti jala + kari
  • Nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk
  • Nasi kerabu
  • Laksam
  • Lontong + pilihan lauk tambahan
  • Roti canai
  • Satay dan  macam-macam lagi!

Sis hari tu makan lontong, memang sedap lebih-lebih lagi bila tambah paru, sambal sotong dan bergedil. Kombinasi padu!

Menu Wajib Cuba Versi Sis

Selain nasi campur yang meriah lauknya, Nasi Ayam dan Laksa Johor memang favourite sis setiap kali ke sini!

Nasi Ayam

Simple tapi sedap, ayam lembut dan sambalnya cukup kick.


Laksa Johor dihidangkan di atas daun ketapang di Restoran Azira Shah Alam. Image Title: Laksa Johor Daun Ketapang Restoran Azira


Laksa Johor

Apa yang special?

Laksa Johor di sini di alas dengan daun ketapang, menambah aroma kuah dan rasa unik!
(Sis ingat kat Pahang, daun ini memang dipanggil daun ketapang.) Jarang jumpa hidangan Laksa Johor pakai daun ni — memang authentic feel gitu!


idangan satay ayam dan daging di Restoran Azira Shah Alam.

Menariknya… Ada Satay Pagi-Pagi!

Kalau tiba-tiba craving satay waktu pagi…Tak payah tunggu malam!Ada stall khas jual satay -  daging atau ayam, order je. Rasa pun memang okey, sedap juga dengan kuah kacang yang pekat. Best untuk kanak-kanak, dan penggemar satay kata sarapan pun boleh!

Baca Juga:


Cucur Udang Rangup & Sedap




Harga Yang Ditawarkan

Sediakan duit sikit lebih kalau nak try banyak menu (sebab semua nampak sedap 😂).
Tapi overall, harga masih reasonable mengikut portion dan kepelbagaian hidangan, tapi tetap ada juga yang cakap agak mahal! Masing-masing ada pandangan kan.. ikut poket sendiri!

Tips Kalau Nak Datang

✔️ Datang awal — elak sesak & makanan habis
✔️ Survey dulu semua menu baru ambil — tak menyesal!
✔️ Sorang chop tempat, sorang ambik makanan
✔️ Senang guna Waze / Google Maps untuk cari lokasi



Lontong dengan paru, sambal sotong dan bergedil sebagai pilihan sarapan pagi popular di Restoran Azira Shah Alam.


Antara Port Sarapan Pagi Yang Best Di Shah Alam

Restoran Azira memang antara tempat sarapan pagi paling best di Shah Alam. Dengan pilihan menu yang banyak, rasa yang konsisten sedap, suasana selesa dan layanan pantas. Jadi, tak hairanlah ramai pelanggan tetap termasuk sis sendiri lah.

Kalau korang belum pernah cuba, memang wajib datang untuk pengalaman sarapan yang puas hati!

📍 Restoran Azira, Seksyen 10 Shah Alam
Waktu Operasi: 7 pagi – 7 malam

Pilihan sarapan, brunch dan makan tengahari terbaik! Selamat menjamu selera!