Menu rumah terbuka. Pejam celik pejam celik, sempat juga kita meraikan Aidilfitri bersama tersayang.Tentu ada yang plan nak buat 'makan-makan'. Jadi, dikongsikan 5 resepi menu rumah terbuka yang sedap dan simple untuk korang cuba.

menu rumah terbuka

Menu Rumah Terbuka Dengan Bajet RM100

Bayangkan dengan hanya bajet RM 100, menu rumah terbuka raya dapat direalisasikan dengan lima resepi 'Sajian Bijak Raya Kimball' terdiri daripada dua pembuka selera; dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera lapan orang.

Menu Resepi Rumah Terbuka Paling Enak


Korang kena cuba resepi-resepi Kimball ini. Sangat mudah dan menjimatkan!

Kesemua resepi menu rumah terbuka 'Sajian Bijak Raya Kimball' dicipta menggunakan produk-produk berkualiti Kimball. Menunya termasuklah gabungan unik Gado- Gado Raya Kimball dan Taufu Sumbat Goreng Kimball sebagai pembuka selera; Nasi Kerabu Goreng Kimball dan Ayam Masala Kimball sebagai hidangan utama, serta Kek Velvet Hitam Kimball sebagai pencuci mulut.

Berikut adalah resepi menu rumah terbuka 'sajian bijak kimball' yang wajib dicuba!





menu rumah terbuka


Ayam Masak Kimball 

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 30 minit
Saiz Hidangan: 8 orang
Kos: +RM21.00

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.8 kg), potong sebesar 4 sm
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
3 sudu besar serbuk cili
1 ½ sudu besar serbuk kunyit
100 g halia, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
2 bawang merah, dihiris halus
1/3 cawan minyak
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan putih
4 sm kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
1 botol Sos Spageti Tradisional Kimball
Garam, secukup rasa

Cara Memasak:
1. Letak ayam dalam mangkuk adunan besar dan gaul dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Lada Hitam Kimball, serbuk cili dan jintan putih. Perap 10 minit. Masukkan ¼ cawan air bersama halia, bawang putih dan bawang, kisar halus. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana. Masukkan biji sawi, jintan putih, kulit kayu manis dan daun kari. Apabila biji sawi meletup-letup, campur pula bahan kisar. Kacau selalu sehingga bahan menjadi perang.

3. Masukkan ayam (bersama bahan perapan) dan goreng anggaran 15 minit. Tambah Sos Spagetti Tradisional Kimball dan 1 1/2 cawan air. Biarkan mendidih, barulah perlahankan api. Sesekali kacau sehingga ayam empuk dan kuah pekat – anggaran 20 minit. Perasakan dengan garam.

4. Hidangkan segera sementara panas. 


Cuba Juga: 


Resepi Udang Masak Butter

Claypot Rice Viral


nasi kerabu

Nasi Kerabu Goreng Kimball 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz Hidangan: 8 orang
Kos: +RM14.00

Bahan-Bahan:
  • 4 sudu besar minyak 
  • 5 ulas bawang putih, dicinncang halus 
  • 3 sm halia, dimayang halus 
  • 3 batang serai, dihiris halus 
  • 1 cawan isi ikan yang telah dimasak 
  • 1/3 cawan Sos Lada Hitam Kimball 
  • 1/3 cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball 
  • 5 cawan nasi 
  • 1 cawan hirisan kacang botor 
  • ½ cawan kerisik 

Untuk Hiasan:
  • 2 batang bunga kantan, dihiris halus 
  • ½ cawan herba pilihan yang dihiris halus* 
  • 1 cawan timun, dihiris halus 
  • 2 biji telur dadar, dihiris halus 

*Kombinasi daun kesum, daun selasih, ulam raja, daun kunyit.

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan serai sehingga wangi dan perang keemasan. Masukkan isi ikan, Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Bawang Putih Kimball. Goreng 5 minit sebelum masukkan nasi. Masak lagi selama 10 minit, tambah kacang botor dan kerisik. Biar 5 minit lagi.

2. Perasakan dengan garam, tabur dengang bahan hiasan dan sedia dihidangkan.





taufu sumbat goreng Kimball

Taufu Sumbat Goreng Kimball

Masa penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 8 orang
Kos: +RM8.00

Bahan-Bahan:
Untuk Inti:

  • 100 g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan 
  • 2 sudu besar minyak 
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus 
  • 1 biji lobak merah, diparut halus 
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball 
  • 2 sudu besar Sos Tomato Kimball 
  • Garam, secukup rasa 
  • Lada, secukup rasa 
  • 30 keping taufu paf goreng 


Untuk Bater:
  • 150 g tepung beras 
  • 70 g tepung gandum 
  • ½ sudu teh garam 
  • 1/8 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu besar air kapur 
  • 3 helai daun limau purut, disiat halus 
  • 2 cawan minyak, untuk digoreng 

Untuk Hidangan:
1 cawan Sos Cili Thai Kimball

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Tambah lobak merah, goreng 5 minit sebelum masukkan Angel Hair Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Tomato Kimball Kimball. Perisakan dengan garam dan lada.

2. Buat lubang pada setiap taufu paf dan sumbat inti. (Ini boleh dibuat sehari sebelum dan simpan dalam peti sejuk).

3. Tuang bater dalam mangkuk adunan supaya senang dan konsisten bila menyalut. Panaskan minyak di dalam kuali anggaran 4 sm dalam. Celup taufu sumbat di dalam bater. Goreng sedikit demi sedikit sehingga garing dan perang keemasan. Sejat minyak dan hidang semasa panas bersama Sos Cili Thai Kimball.





menu rumah terbuka


Gado-Gado Raya Kimball 

Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Penyediaan: 8 orang
Kos: +RM18.00

Baca Juga: Resepi Sambal Tempe Kering

Bahan-Bahan:
Untuk sos:
  • 2 sudu besar minyak 
  • 2 sudu besar pes cili 
  • ½ cawan Sos Lada Hitam Kimball 
  • ½ cawan Sos Cili Kimball 
  • ½ cawan santan 
  • 2 cawan air 
  • 1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, tumbuk halus 


Untuk Salad:
  • 6 batang kacang panjang, potong 5sm panjang, dicelur dan disejat 
  • 3 cawan hirisan kubis, dicelur dan disejat 
  • 1 ikat kecil kangkung, petik 5 sm, dicelur dan disejat 
  • 2 biji kentang, direbus dan dihiris tebal 
  • 3 biji telur rebus, dipotong baji 
  • 3 keping taufu, digoreng dan dipotong 2 sm kiub 
  • 1 biji sengkuang, diparut halus 
  • 2 keping tempe, digoreng dan dipotong 2 sm kiub 
  • 1 biji timun, diparut halus 
  • 1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat 
  • 10-20 keping keropok melinjau 


Cara Memasak:
1. Untuk sos: panaskan minyak dan tumis cili giling atas api perlahan sehingga masak dan naik minyak. Campur Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Kimball. Biar 5 minit, kemudian masukkan santan dan air. Bila didih, tambah kacang. Masak 10-15 minit lagi, kacau selalu sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan rasa.

2. Letak semua bahan salad dalam pinggan besar.

3. Hidang bersama sos dalam mangkuk lain.







Kek Velvet Hitam Kimball

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Membakar: 35 minit
Saiz Hidangan: 8 orang
Kos: +RM16.00


Bahan-Bahan:
Untuk kek:
  • 280 g tepung, diayak 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat, diayak 
  • ½ sudu teh serbuk penaik, diayak 
  • ½ sudu teh garam, diayak 
  • Adunan koko (225ml air panas + 90g serbuk koko kacau bersama sehinnga larut) 
  • 120 g mentega, lembutkan dalam suhu bilik 
  • 150 g gula perang lembut 
  • 150 g gula putih halus 
  • 2 sudu besar sos karamel pekat 
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 130 g (3/4 cawan) Mayonis Kimball 
  • 4 biji telur 


Untuk Aising Vanilla Mayonis:

  • 100 g mentega, lembutkan dalam suhu bilik 
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 450 g gula aising, diayak 
  • 150 g Mayonis Kimball 

Baca Juga: Resepi Roti John

Cara Memasak:
1. Untuk kek: Alas dasar 2 tin kek bulat berukuran 16 sm dengan kertas minyak. Sapu bahagian tepi tin dengan mentega lembut. Letak rak ketuhar di posisi tengah dan panaskan pada suhu 160。C.

2. Campurkan mentega, gula perang, gula putih, sos karamel pekat dan vanilla dalam mangkuk adunan. Pukul dengan senduk kayu sehingga sebati sebelum masukkan telur. Akhir sekali masukkan Mayonis Kimball.

3. Tambah 1/3 adunan tepung yang telah diayak, gaul menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan 1/3 adunan koko dan gaul lagi. Tambah tepung dan adunan koko secara bergilir-gilir sehingga habis. Tuang adunan ke dalam tin pembakar dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan, selama 30-35 minit.

Cucuk bahagian tengah dan jika pencucuk keluar bersih, tandanya kek cukup masak. Keluarkan kek daripada ketuhar. Biarkan sejuk selama 10 minit sebelum dikeluarkan daripada tin pembakar. Terbalikkan kek atas redai kek. Belah kedua-dua kek supaya jadi 4 bahagian.

4. Untuk aising: Pukul mentega dan separuh gula aising di dalam mangkuk adunan sehingga lembut dan berkrim. Tambah lebihan gula aising dan Mayonis Kimball. Terus memukul dengan kelajuan perlahan sehingga aising gebu. Jangan terlebih pukul.

Sapu dan ratakan aising atas setiap lapisan kek termasuk bahagian atas. Untuk lebih cantik, boleh memaipkan aising roset di atas kek. 

Selamat mencuba resepi menu rumah terbuka yang cukup enak ini.