Maracuja Oil

SEBELUM NIE SIS MEMANG TAK TAHU TENTANG KEBAIKAN TARTE MARACUJA OIL WALAUPUN SIS MEMANG SUKA PRODUK TARTE.

Kali pertama try Tarte full coverage foundation waktu Sis singgah di butik kecantikan Sephora, serius Sis memang dah jatuh cinta dengan produk ni.


Maracuja Oil
Foundation fav Sis!
Sebenarnya kalau nak ikutkan memang ada banyak produk-produk kat Sephora tu yang Sis suka. Boleh jadi giler... hehehe... dan tak cukup sejam dua kalau Sis dah terperangkap jiwa raga kat dalam butik tu! Haha..hahah… Lagipun promoternya sangat friendly dan helpful. Selalunya Sis pergi Sephora yang kat Aeon Shah Alam, ye lah dah dekat dengan rumah Sis.

Apa yang Sis nak share kat sini ialah tentang Maracuja Oil  yang Sis dah pun gunakan hampir dua bulan ni. Kulit muka Sis ni ada masalah sikit sebenarnya, selepas pakai satu produk muka (yang member Sis syorkan, konon-konon boleh jadi putih, gebu dan bla..bla.. blaa),akibatnya muka Sis terus jahanam!

Hahha… jahanam macam mana? Nanti-nanti Sis cerita ya! Sakit hatilah pulak kalau nak ingat-ingat balik akan kebodohan Sis sendiri.Percaya sangat cakap orang kan… Hihihi.. Padan muka!

Selepas peristiwa itu, Sis rawat muka Sis dengan gerak hati Sis sendiri. Back to nature!Nie pun nanti Sis citer ya sebab dah tak sabar nak share pasal Tarte Maracuja Oil ni

APA YANG BUAT SIS JATUH CINTA DENGAN TARTE MARACUJA OIL NI
Maracuja Oil adalah minyak yang dihasilkan daripada bunga passion (passion flower) yang tumbuh di Amazon.Masyarakat Amazon dikatakan telah menikmati khasiat Maracuja Oil ini sejak beratus tahun dulu. 

Maracuja Oil
Ni lah rupanya  antara jenis Bunga Passion yang mengandungi banyak khasiat untuk kecantikan wanita.
Kredit foto: Mr.Google

KHASIAT MARACUJA OIL
Maracuja Oil atau Minyak Maracuja ini mewah dengan vitamin C dan asid lemak esensial yang mudah diserap oleh kulit serta marvelous untuk memelihara kulit.

Kegunaan Maracuja Oil ini, selain memperbaharui kualiti kulit ia juga dapat digunakan sebagai merawat anti-aging seperti mengatasi masalah kedutan atau garis-garis penuaan di muka dan solusi terbaik untuk masalah kulit muka kering. Inilah yang paling Sis suka!!! 

Maracuja Oil
Penerangan diberikan untuk menggunakannya.Boleh baca kat kotaknya tu.

CARA SIS PAKAI:
Sis gunakan Maracuja Oil ni sebagai pelembab pada malam hari. Lepas bersihkan muka, sebelum tidur Sis tepek-tepeklah Tarte Maracuja Oil ni kat muka.

Sis titiskan dua atau tiga titis minyak ini di tangan, dan gosoklah pada kulit muka dan leher.Lagi satu, Sis suka juga gunakan Maracuja Oil sebelum Sis pakai Tarte full coverage foundation. Mekap Sis nampak lebih flawless. Kih.. kih...  Hahha… hahah…

Untuk rambut pula, minyak ini berguna untuk pertumbuhan rambut jika sapu pada kulit kepala secara rutin.Kalau korang rasa,rambut korang semakin menipis bolehlah try sapu sambil urut-urut kat kawasan rambut yang dah mula menampakkan ‘keterangan’ itu.
Walaupun berhijab kecantikan rambut tetap juga kita perlu jaga woooo.... :)

Maracuja Oil
Tarte Maracuja Oil, pelembab muka yang mampu memberikan kelembapan yang seimbang untuk kulit muka supaya lebih anjal dan cerah.
Bagi korang yang mempunyai kulit jenis berminyak, jangan risau atau takut-takut nak pakai Maracuja Oil  ni.Tak ada masalah pun, tak akan buat kulit muka korang jadi semakin berminyak. Ini adalah kerana Maracuja Oil ini mampu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.
Maracuja Oil


Begitulah cerita tentang Maracuja Oil yang kini bertempat di hati Sis. So, kalau korang ada lalu-lalu atau menyinggah di Sephora tu, jangan lupa cari Tarte Maracuja Oil ni. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang kebaikan ataupun khasiatnya, tanya jer promoter tu. Hehehe… insya-Allah, kalau tanya baik-baik, pasti  korang akan dilayan dengan mesra!
Maracuja Oil
Dea Marissa peneman setia Momma bila singgah di Sephora  hahaha... (padahal kelam kelibut dibuatnya!!)

Maracuja Oil
Nampak flawless kan mekap Sis bila pakai Tarte Maracuja Oil nih... 


Alrite, jumpa lagi. Semoga apa yang disampaikan bermanfaat untuk semua. 

Lurve,
Sis Anie Mohamed