SEBELUM
NIE SIS MEMANG TAK TAHU TENTANG KEBAIKAN TARTE MARACUJA OIL WALAUPUN SIS MEMANG
SUKA PRODUK TARTE.
Foundation fav Sis! |
Sebenarnya
kalau nak ikutkan memang ada banyak produk-produk kat Sephora tu yang Sis suka.
Boleh jadi giler... hehehe... dan tak cukup sejam dua kalau Sis dah terperangkap jiwa raga
kat dalam butik tu! Haha..hahah… Lagipun
promoternya sangat friendly dan helpful. Selalunya Sis pergi Sephora
yang kat Aeon Shah Alam, ye lah dah dekat dengan rumah Sis.
Apa
yang Sis nak share kat sini ialah tentang Maracuja Oil yang Sis dah pun gunakan hampir dua bulan ni.
Kulit muka Sis ni ada masalah sikit sebenarnya, selepas pakai satu produk muka
(yang member Sis syorkan, konon-konon boleh jadi putih, gebu dan bla..bla..
blaa),akibatnya muka Sis terus jahanam!
Hahha…
jahanam macam mana? Nanti-nanti Sis cerita ya! Sakit hatilah pulak kalau nak
ingat-ingat balik akan kebodohan Sis sendiri.Percaya sangat cakap orang kan…
Hihihi.. Padan muka!
Selepas
peristiwa itu, Sis rawat muka Sis dengan gerak hati Sis sendiri. Back to
nature!Nie pun nanti Sis citer ya sebab dah tak sabar nak share pasal Tarte
Maracuja Oil ni
APA YANG BUAT SIS JATUH CINTA DENGAN TARTE MARACUJA
OIL NI
Maracuja
Oil adalah minyak yang dihasilkan daripada bunga passion (passion flower) yang
tumbuh di Amazon.Masyarakat Amazon dikatakan telah menikmati khasiat Maracuja Oil ini sejak beratus
tahun dulu.
Ni lah rupanya antara jenis Bunga Passion yang mengandungi banyak khasiat untuk kecantikan wanita. Kredit foto: Mr.Google |
KHASIAT MARACUJA OIL
Maracuja
Oil atau Minyak Maracuja ini mewah dengan vitamin C dan asid lemak esensial
yang mudah diserap oleh kulit serta marvelous untuk memelihara kulit.
Kegunaan
Maracuja Oil ini, selain memperbaharui kualiti kulit ia juga dapat digunakan
sebagai merawat anti-aging seperti mengatasi masalah kedutan atau garis-garis penuaan di muka dan solusi terbaik untuk masalah kulit muka kering. Inilah yang paling Sis suka!!!
Penerangan diberikan untuk menggunakannya.Boleh baca kat kotaknya tu. |
CARA
SIS PAKAI:
Sis
gunakan Maracuja Oil ni sebagai pelembab pada malam hari. Lepas bersihkan muka,
sebelum tidur Sis tepek-tepeklah Tarte Maracuja Oil ni kat muka.
Sis titiskan
dua atau tiga titis minyak ini di tangan, dan gosoklah pada kulit muka dan
leher.Lagi
satu, Sis suka juga gunakan Maracuja Oil sebelum Sis pakai Tarte full coverage
foundation. Mekap Sis nampak lebih flawless. Kih.. kih... Hahha… hahah…
Untuk
rambut pula, minyak ini berguna untuk pertumbuhan rambut jika sapu pada kulit
kepala secara rutin.Kalau korang rasa,rambut korang semakin menipis bolehlah
try sapu sambil urut-urut kat kawasan rambut yang dah mula menampakkan
‘keterangan’ itu.
Walaupun berhijab kecantikan rambut tetap juga kita perlu jaga woooo.... :)
Tarte Maracuja Oil, pelembab muka yang mampu memberikan kelembapan yang seimbang untuk kulit muka supaya lebih anjal dan cerah. |
Bagi
korang yang mempunyai kulit jenis berminyak, jangan risau atau takut-takut nak
pakai Maracuja Oil ni.Tak ada masalah
pun, tak akan buat kulit muka korang jadi semakin berminyak. Ini adalah kerana
Maracuja Oil ini mampu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.
Begitulah
cerita tentang Maracuja Oil yang kini bertempat di hati Sis. So, kalau korang
ada lalu-lalu atau menyinggah di Sephora tu, jangan lupa cari Tarte Maracuja
Oil ni. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang kebaikan ataupun
khasiatnya, tanya jer promoter tu. Hehehe… insya-Allah, kalau tanya baik-baik,
pasti korang akan dilayan dengan mesra!
Dea Marissa peneman setia Momma bila singgah di Sephora hahaha... (padahal kelam kelibut dibuatnya!!) |
Nampak flawless kan mekap Sis bila pakai Tarte Maracuja Oil nih... |
Alrite, jumpa lagi. Semoga apa yang disampaikan bermanfaat untuk semua.
Lurve,
Sis
Anie Mohamed
2 Comments
hi, brand tarte memang best2. saya fans of tarte, tp yg maracuja oil ni tak try lagi. boleh try nanti, macam best je baca review ni :)
ReplyDeleteyanmie
http://www.yanmieonline.com
owhh... sama le kita... :)
Delete