Ready To Eat Ayamas

MAKANAN “READY-TO-EAT”(RTE) ATAUPUN PRODUK “SEDIA DIMAKAN” INI MEMANG SESUAI DIJADIKAN PILIHAN, BUKAN SAHAJA BAGI YANG SUKA TRAVEL. BAHKAN ‘PENYELAMAT’BAGI YANG TAK SEMPAT MASAK DAN JUGA TAK SUKA MASAK! HIHHI… HIHII…

Ready To Eat Ayamas

Baru-baru ni, Sis berkesempatan untuk turut serta meraikan majlis pelancaran tiga jenis produk sedia- dimakan atau ‘ready-to-eat’ (RTE) iaitu Briyani Bukhara Ayam, Nasi Philaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala daripada Ayamas Kitchen.

Ready To Eat Ayamas

Bertepatan dengan slogannya “Mudah dan Lazat”,  Sis yakin ramai yang menyukai rangkaian produk RTE daripada Ayamas Kitchen ini.Ianya  bukan sahaja mudah untuk disediakan.Malahan turut menjimatkan masa dan tenaga kita.
Ready To Eat Ayamas
Sis bersama sebahagian daripada kawan-kawan blogger yang hadir di hari pelancaran tersebut.
Ready To Eat Ayamas
Terima kasih Ayamas Kitchen kerana memberikan kami idea untuk tidak penat-penat di dapur! Hahah...hahah..
Lagi-lagi kalau  kita memang penat nak ‘bersilat’ di dapur untuk menyediakan hidangan buat keluarga tersayang. Buat orang-orang yang masih bujang, lagilah menyenangkan.
Paling best, kita tak perlu nak tambah  apa-apa bahan lain kerana setiap pek makanan tersebut telah lengkap.

Ready To Eat Ayamas

Ready To Eat Ayamas
Pakai garfu untuk tebuk lubang (ala-ala tikam)  pada penutup plastik. 
CARA PENYEDIAAN:
Cara atau kaedah memanaskan hidangan tersebut pun sangat mudah.
Kita hanya perlu panaskannnya di dalam microwave.

1.Keluarkan daripada peti sejuk.Biarlah sekejap, sekitar dua atau tiga minit.

2. Pakai garfu untuk tebuk beberapa lubang pada penutup plastiknya.

3. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam microwave dan panaskan selama empat hingga lima minit.

4. Keluarkan  dan sedia untuk dimakan.

Ready To Eat Ayamas
Korang kena cuba rasa dulu, ok! Baru tau enak ke tak...

NAK BELI DI MANA DAN BERAPA HARGANYA?
Kalau korang berminat untuk mencuba atau menikmati makanan “ready to eat’ ni bolehlah ke Kedai Ayamas ya.
Jangan risau tentang rasanya, walaupun makanan ‘ready-to-eat’ tetapi kualiti rasa makanannya boleh tahan dan boleh diterima tekak!
 
Ready To Eat Ayamas
Kena rasa ketiga-tiganya dulu, baru tau mana satu yang favourite :))
Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Philaf Ayam Mentega dijual dengan harga RM7.90 sepaket. 
Manakala Nasi Kandar Ayam Masala pula RM7.90 sepaket.

Untuk maklumat lanjut tentang Kedai Ayamas, boleh layari www.kedaiayamas.my ataupun ke www.facebook.com/AyamasRoasters/

Okaylah sekian dulu Sis bercerita. Jumpa lagi di catatan akan datang. Selamat menikmati makanan "Ready-To-Eat" daripada Ayamas Kitchen.



Lurve,
Sis Anie Mohamed