MAKANAN “READY-TO-EAT”(RTE)
ATAUPUN PRODUK “SEDIA DIMAKAN” INI MEMANG SESUAI DIJADIKAN PILIHAN, BUKAN
SAHAJA BAGI YANG SUKA TRAVEL. BAHKAN ‘PENYELAMAT’BAGI YANG TAK SEMPAT MASAK DAN
JUGA TAK SUKA MASAK! HIHHI… HIHII…
Baru-baru
ni, Sis berkesempatan untuk turut serta meraikan majlis pelancaran tiga jenis
produk sedia- dimakan atau ‘ready-to-eat’ (RTE) iaitu Briyani Bukhara Ayam,
Nasi Philaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala daripada Ayamas Kitchen.
Bertepatan
dengan slogannya “Mudah dan Lazat”, Sis
yakin ramai yang menyukai rangkaian produk RTE daripada Ayamas Kitchen ini.Ianya bukan sahaja mudah untuk disediakan.Malahan
turut menjimatkan masa dan tenaga kita.
Sis bersama sebahagian daripada kawan-kawan blogger yang hadir di hari pelancaran tersebut. |
Terima kasih Ayamas Kitchen kerana memberikan kami idea untuk tidak penat-penat di dapur! Hahah...hahah.. |
Lagi-lagi kalau kita memang penat nak ‘bersilat’ di dapur
untuk menyediakan hidangan buat keluarga tersayang. Buat orang-orang yang masih
bujang, lagilah menyenangkan.
Paling
best, kita tak perlu nak tambah
apa-apa bahan lain kerana setiap pek makanan tersebut telah lengkap.
CARA PENYEDIAAN:
Cara atau
kaedah memanaskan hidangan tersebut pun sangat mudah.
Kita hanya
perlu panaskannnya di dalam microwave.
1.Keluarkan
daripada peti sejuk.Biarlah sekejap, sekitar dua atau tiga minit.
2. Pakai
garfu untuk tebuk beberapa lubang pada penutup plastiknya.
3. Kemudian
barulah dimasukkan ke dalam microwave dan panaskan selama empat hingga lima
minit.
4. Keluarkan dan sedia untuk dimakan.
Korang kena cuba rasa dulu, ok! Baru tau enak ke tak... |
NAK BELI DI MANA DAN BERAPA
HARGANYA?
Kalau
korang berminat untuk mencuba atau menikmati makanan “ready to eat’ ni bolehlah
ke Kedai Ayamas ya.
Jangan
risau tentang rasanya, walaupun makanan ‘ready-to-eat’ tetapi kualiti rasa
makanannya boleh tahan dan boleh diterima tekak!
Manakala Nasi Kandar Ayam Masala pula RM7.90 sepaket.
Untuk
maklumat lanjut tentang Kedai Ayamas, boleh layari www.kedaiayamas.my ataupun ke www.facebook.com/AyamasRoasters/
Okaylah sekian dulu Sis bercerita. Jumpa lagi di catatan akan datang. Selamat menikmati makanan "Ready-To-Eat" daripada Ayamas Kitchen.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
3 Comments
Baru tahu ada jual ayamas jenis macam ni. Selama ni ke Ayamas tak pernah nampak benda ni. Mungkin tak perasan kot.
ReplyDeleteAha... Baru jer dilancarkan. Boleh beli kat mana-mana Kedai Ayamas. Try lah... memang memudahkan hihi..hihi..
Deletesenang juga kalo nk bw utk travel
ReplyDelete