SUKA MAKAN
PASTA, TAPI KURANG MAHIR NAK MEMASAKNYA? CUBALAH RESEPI PASTA PESTO AYAM YANG
MANA BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAKNYA TIDAK TERLALU RENYAH INI. SWEET JUGAK KAN
KALAU KORANG AJAK ENCIK SUAMI ATAU
ANAK-ANAK TURUT SAMA MEMBANTU MEMASAKNYA!
RESEPI PASTA PESTO AYAM
Bahan-bahan yang diperlukan:
150g Ayam
Brand Coconut Milk
Pasta (setengah bungkus)
80g hirisan
ayam
3 biji
tomato ceri
![]() |
Tomato ceri |
1 sudu besar
bawang putih, dicincang
![]() |
Sayur Arugula |
10g arugula
30g brokoli
Secubit
garam
Secubit lada
sulah
Secubit pati
ayam
Cara Membuat Sos Pesto
![]() |
Daun basil atau daun kemangi |
130 g daun
basil (daun kemangi)
25g keju
parmesan
60g minyak
zaitun
40g kacang
pine
2 ulas
bawang putih
Secubit
garam
Secubit lada
sulah
Cara Memasak:
1. Didihkan air dan masak pasta selama 6-8 minit.
2. Toskan pasta dan tuangkan sedikit minyak
zaitun. Campur sebati.
3. Untuk membuat sos pesto, petik daun basil
dari batang.
4. Bakar kacang pine dia atas dulang pada suhu
180C selama 6-8 minit. Pastikan kacang telah sejuk sebelum dimasukkan ke dalam
mesin pengisar.
5. Dalam pengisar, kisar daun basil bersama
kacang pine dan masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit.
6. Masukkan ramuan selebihnya untuk pesto dan
gaul. Ianya sedia digunakan.
7. Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali
leper dan masukkan bawang putih cincang, tomato ceri, peha ayam dan brokoli.
Tumis selama 1 minit.
8. Masukkan santan kelapa, sos pesto dan
didihkan. Masukkan pasta serta garam, lada sulah dan pati ayam secukup rasa.
9. Matikan api, pindahkan ke dalam mangkuk dan
hias dengan arugula. Sedia untuk dihidangkan.
Selesai
sudah dan begitulah Resepi Pasta Pesto Ayam daripada Ayam Brand™. Rasanya super
lazat! Selamat mencuba.
Sekian
sahaja perkongsian resepi untuk hari ini. Jumpa lagi!
Lurve,
sis..saya udah laparrrr
ReplyDelete