Resepi Pasta Pesto Ayam

Suka makan pasta, tetapi kurang mahir nak memasaknya? Cubalah Resepi Pasta Pesto Ayam yang mana bahan-bahan dan cara memasaknya tidak terlalu renyah ini.Sweet juga kan kalau korang ajak Encik Suami atau anak-anak turut sama ke dapur!


Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar Pasta Pesto Ayam ini, namun kelazatannya tidak kalah tau! Lagipun hidangan sihat, lazat serta mengenyangkan ini dibawakan oleh Ayam Brand™ dan pastilah lazat! Okaylah, jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasaknya.






RESEPI PASTA PESTO AYAM


Bahan-bahan yang diperlukan:












150g Ayam Brand Coconut Milk


Pasta (setengah bungkus)


80g hirisan ayam


3 biji tomato ceri






Tomato ceri



1 sudu besar bawang putih, dicincang










Sayur Arugula



10g arugula


30g brokoli


Secubit garam


Secubit lada sulah


Secubit pati ayam






Cara Membuat Sos Pesto






Daun basil atau daun kemangi



130 g daun basil (daun kemangi)


25g keju parmesan


60g minyak zaitun


40g kacang pine


2 ulas bawang putih


Secubit garam


Secubit lada sulah






Cara Memasak:


1. Didihkan air dan masak pasta selama 6-8 minit.


2. Toskan pasta dan tuangkan sedikit minyak zaitun. Campur sebati.


3. Untuk membuat sos pesto, petik daun basil dari batang.


4. Bakar kacang pine dia atas dulang pada suhu 180C selama 6-8 minit. Pastikan kacang telah sejuk sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar.


5. Dalam pengisar, kisar daun basil bersama kacang pine dan masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit.


6. Masukkan ramuan selebihnya untuk pesto dan gaul. Ianya sedia digunakan.


7. Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali leper dan masukkan bawang putih cincang, tomato ceri, peha ayam dan brokoli. Tumis selama 1 minit.


8. Masukkan santan kelapa, sos pesto dan didihkan. Masukkan pasta serta garam, lada sulah dan pati ayam secukup rasa.


9. Matikan api, pindahkan ke dalam mangkuk dan hias dengan arugula. Sedia untuk dihidangkan.












Selesai sudah dan begitulah Resepi Pasta Pesto Ayam daripada Ayam Brand™. Rasanya super lazat! Selamat mencuba.






Sekian sahaja perkongsian resepi untuk hari ini. Jumpa lagi!


Lurve,




Sis Anie Mohamed


Baca Juga: Resepi Serunding Ikan